Setelah setahun aku melarikan diri daripada muncul kat kelab , akhirnya sem ni aku buat 'come back' dengan terpilihnya aku jadi ajk pengambilan gambar konvokesyen ke 51. Konvo kali ni lebih banyak kezutan & banyak manisnya . Samaada gerak kerja , ajk , komitmen masing-masing sampailah kualiti kerja .
Masa interview , mintak jadi kareografer je . Bila dah hujung tanduk nak hari konvo , upgrade jadi fotografer terus . Gugur juga lah gantung masa tu . Di tambah pula kareo aku lelaki . Agak payah juga nak pegang-pegang customer perempuan . Tapi , kitorang dah buat yang terbaik . Sampai sakit pinggang + hilang suara semua . Sangat lah besar dugaannya .
Timeline kerja . Masa dapat timeline on the first meeting , memang terkejut sebab aku tak suka , gila serius tak suka . Masa cuti midsem ni pun kena kerja . Cuti hanya 5hari out of 10 . Nak tak nak , kena juga . Dah sign agreement & rm50 duit komitmen .
Unit studio . Aku dah biasa dengan unit ni . Taknak pindah unit lain . Mostly ramai junior . Tahun 1 & 2 . Aku pun tak caya yang aku ni dah jadi senior , kena ajar mereka ni . Rasa macam first year lagi . Teringat masa first time join studio .
AJK . Hmm , suka mengusik budak2 ni . Diorang innocent . Nak reveal diorang punya perangai . Memang best lah kan .. Lagi2 si 'tuuutt' hehe
Kualiti . Kalo nak dibandingkan studio dulu dengan sekarang , memang dah lain gila . Kalau dulu , studio ada 4 je tapi sekarang sampai 6 studio . Tak ada pencatat . Tinggal kareo & fotografer je dalam studio . Cepat tak cepat lah kan . Banyak feedback customer kata flow cepat . Diorang tak tunggu lama tunggu turn diorang amik gambar . Khemah pun besar , sejuk nak mampuih . Nyaris aku tak demam . Banyak improvement jugak lah unit studio ni . Suka suka .
Hasil gambar tak taw lagi camna . tapi hasil jualan cecah myr150ribu . Dahsyat gila . Ada satu hari tu , jualan dapat myr50ribu . Macam tak caya . Banyak gila kan . Yang bestnya , kitorang dapat membuktikan satu perkara . Dalam drama-drama mahupun movie , adanya adegan peras ugut minta 20 ribu lah , 50 ribu lah , sampai ber'briefcase' bagai sume tuuu... percaya lah, bahawa 50 ribu tu setakat 3-4 ikat je . 2 tapak tangan je boleh pegang . Semua citer tu propa semata-mata .
kami gila kamera (snap gambar) . kami gila posing (pantang nampak kamera) . |
p/s : Dari dulu .. bila aku join konvo , sepanjang tu , aku tak fikir langsung pasal test , assignment , dll . Stress tu hilang terus . Tu yang peliknya bila join konvo ni . Dan stress tu akan datang bila dah last minute nak test & submit assignment . Sekian :)
No comments:
Post a Comment