Sunday, January 18, 2015

F.I.R.S.T.H.A.L.F

Tahun 4. checked!
Sem 1. Checked!

Gila tak gila.
Makin tinggi kau belajar, makin kau nak sampai puncak, makin kejayaan sejengkal dari tangan yang mencapai, makin sukar, makin cerun, makin jauh kau rasa dan tak mungkin dan mustahil kau rasakan.

Kalau masa tahun 1, subjek sikit, jadual lopong banyak, exam habis awal, cuti sem lama. Bolehlah kau chill.

Tahun 2, subjek bertambah, tugasan terasa banyak, sampai study week pun kau gunakansikit nak siapkan natang tu.

Tahun 3, assignment, projek, case study, tahun paling mencabar katanya. Latihan industri. Kau pergi pagi, balik lewat petang, tidur awal. Itukah kehidupan? Ada rezeki, adalah elaun.

Tahun 4, projek semester akhir, assignment, projek. Semua subjek nak ada. Kelas tak pernah nak penuh dengan kawan sekelas. Makin hujung, makin pupus semua orang. Test. Mengejut. Tak study. Open book lepas bodek lecturer. Study week. Totally kau gunakan nak siapkan semua projek. Study exam macam kau nak jawab test. Kurang dari 48 jam kau study. Itupun, kau amik keputusan berani mati, belajar yang 'hint' soalan yang keluar. Cuti sem digadai buat psm. Teruk ke tak kau rasa? Nak menangis sebab tak rasa boleh teruskan? Rasa nak campak je projek-projek yang menggunung? Paling kau geram, kau nak mati buat projek, tapi ada malaun, hantu, toyol dalam group kau, lepas tangan, pentingkan diri sendiri.
Kau bukan setakat strungling dengan tugasan tapi dengan diri kau dan orang sekeliling kau.. untuk kau terus hidup dalam tahun ni.

Tapi baru separuh tahun 4 bersamaan sem 7..boleh dikatakan kau dah lalui 87.5% sebelum kau cecah 100%. Kalau sem ni pun kau tak nak amik ikhtibar, sem depan kau buat lagi, kau memang tak makan saman.

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi