Sunday, October 13, 2013

. B E R A T . B A D A N .

Bagi kawan2 , sedara, kenalan aku yang hari-hari ataupun pernah jumpa aku , korang akan tahu yang fizikal aku ni kecil , comel *perasan*, kurus dan pendek *kenyataan* . tapi tak bagi Atie . Kalau aku cakap aku kurus or keding , dia akan balah dengan aku , cakap aku ni tak keding , kurus je kot sebab bila di-compare dengan orang yang lagi keding , dia cakap aku gemuk . Ok fine . Aku gemuk . Hanya 2 orang je yang cakap aku gemuk . 1- Atie , 2- Adik aku . Dengki sebenarnya diorang ni  *haha*

Hari tu, ada terjumpa orang-orang Herbalife dengan penimbang berat diorang tu , aku dengan member kelab yang bam-bam lagi kepala masuk air tu , pergilah test tengok overweight ke apa kan ..saje-saje je .. termasuklah aku . After timbang tu , akak tu *adik sebenarnya* kira-kira apatah . Pastu dia bagi aku kertas ni ..


Bila tengok nombor-nombor tu semua memang tak faham lah kan . Baca description tepi tu baru faham . Berat 42.6kg *bila pula badan aku naik pula ni ? Selalu 40 je* tapi normal . Lemak badan 26.0% , air badan 54.2% , berat tulang 1.6% semuanya dalam range sihat . Pass lah kan .. Yang lagi penting , tu . tu . Umur metabolisma : 17 tahun .*haha* muda siot ! Wei, aku budak lepas SPM . *sila jeles*

Tapi semua ni nanti berubah gak . Sama ada banyak atau sikit , aku pun tak tahu . Bak kata adik Herbalife tu, aku kena tambah berat *payah sangat nak naik masalahnya* . Nak consume Herbalife ? Aku say bye bye la sebab benda tu pun dah beratus . Tak mampu den .

Saya dah tahu tahap berat badan saya . Anda pula bagaimana? hehe


terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: