Tuesday, July 2, 2013

T A H U N 2 S E M 2 K 2 S 2 2 0 1 2 2 0 1 3 0 2 = S E M 0 4 O U T O F 0 8

Ha kau.. panjang tajuk. Main nombor pula tu.. dapat tangkap tak? Ok lah.. sapa yang tak dapat nak baca tu, lagi sekali aku habak mai tajuk tu sekali dengan maksudnya apa

Tahun 2 Sem 2 *dah 2 tahun aku belajar kat UTM*
K2S2 *kelas den*
2012201302 *macam sesi gitu : tahun 2012 + 2013 + sem 02*
Sem 04 out of 08 *Kursus Kejuruteraan = 8 sem/ 4 Tahun. Sampai sekarang bila dicampur semuanya, aku dah 4 sem kat UTM dimana membawa maksud aku tinggal lagi 4 sem. Half of the way.. yippi!!*

Memandangkan dah 2 tahun aku belajar kau U, dah macam-macam yang aku belajar sebagai seorang pelajar yang belajar, ahli kelab dengan aktiviti & programnya, dan juga sebagai manusia.

Memang betullah kalau kita belajar, kita jangan fokus kat belajar je. Kita kena lah juga cari & timba ilmu lain yang pensyarah tak ajar kita. Bagi aku, tahun pertama aku kat UTM dah cukup banyak yang aku dah kenal dunia di alam universiti.

Mana taknya? Kuliah tak mula lagi, aku dah buat assignment untuk jadi ahli Kelab Fotokreatif . Walaupun pada mulanya aku dah set dalam kepala otak aku ni, yang aku taknak terlibat apa-apa, tapi mungkin sebab minat aku dalam fotografi dan nak belajar lagi dalam ilmu tu, tu yang secara semangat aku buat assignment & teruja habis bila secara rasminya aku diterima jadi ahli kelab tu. Macam-macam program aku terlibat dan yang paling best & happening ialah program Konvo. Masa tu, sebagai ahli baru, freshiee lagi kan, dapat kenal dengan senior-senior kelab yang master gila. Walaupun, penat siang & malam tapi rasa gembira dengan diorang suma sebab diorang ni kepala gila sampai penat nak layan. Kalau lepak dengan diorang, tension pun hilang. Konvo pun ajar banyak macamana nak serve customer, belajar ambil gambar studio *aku unit studio* , dapat pula duit *kaching kaching* dan makan ditanggung. Jujur, memang duit tak keluar pun. Disebabkan aku ni seorang rajin, semangat  *mungkin* diorang percaya kat aku untuk pegang jawatan Exco dan seterusnya Pengarah Program. Terus terang aku bagitahu, memang tahun 1 aku penat sepenatnya sampai ada subjek aku fail!! Bayangkan, dah berapa lama aku tak fail, masa tu jadi lagi. Dilema & fobia terus aku dengan subjek math lepas tu. Selain keputusan yang tak berapa nak ok tu, aku dengan kawan sekelas pun tak rapat, nak berbual, keluar sama-sama pun aku takda masa. Terasa juga la aku ni forever alone dalam kelas selain atie kawan aku tu lah peneman aku tapi aku pun ada jugak rasa yang dia pun macam tak suka sebab aku asyik dengan kelab je. Nak buat macamana,kan..? Kerja yang dah diamanahkan kena lah buat juga.

* ada nampak tak muka aku? takda kan?? maknanya, aku takda la masa ni :( *

Ok, let's we move on to the second year.
Bila dah sedar aku ni terlalu 'ke kelab', aku rancang perlahankan penglibatan aku dalam program. Kalau masa tahun 1, habis semua program aku sapu tapi masuk tahun 2 je, aku dah macam totally out. haha..Lepas je program aku dah berlalu dan tugas sebagai exco dah tamat, aku pun blah dan tak tunjuk muka kat kelab. Bila dah lama tak datnag kelab, terasa ganjal dan pelik gila..bukan apa, sebab kebanyakannya budak baru, dan aku pun tak kenal diorang sebab tak join program,kan. Kalau dulu aku banyak habiskan masa dengan kelab, tahun ni aku beralih kepada kelas. Tambahan pula budak kelas dah bertambah sebab datangnya budak UTMKL, dan antara diorang pun budak matrik aku, memang bertambah bestnya. Lagipun, tahun ni banyak tugasan berkumpulan yang pelik-pelik, ada lab lagi, memang kena selalu dengan mereka jela.


Tanjung Balau
Boleh dikatakan ni lah aktiviti luar peringkat kelas kitorang yang kedua tapi pertama bagi aku..hehe. Mujurlah, budak-budak kelas aku ni ada bekalan kereta yang mencukupi untuk mengangkut semua orang..tapi biasalah, ada yang tak dapat nak join sekali. Overall, what can I say is it was superb fun! Dah la lama tak jumpa pantai, ber ' barbecue ' sama-sama.


 *fotografer - syahid * Editor mastar - matno *

 * 3 fotografer sekali gus..kelas ko maria *

 * antara pics kenangan *


Baju K2S2    
Yang ni pula tak tahu bila pula nak siapnya. InsyaAllah sem depan dapat la ya Mat Nor *bukan nama sebenar. Designer*

 * cantik, matno ko design *


Site Survey Water Treatment

* kredit lagi sekali untuk matno * 

Lagi sekali keluar dengan dorang. Tang ni yang ilmiah punya sebab tu ada lecturer kitorang sekali, Dr Fadil dengan anak lelaki dia, Anaz bukan nama sebenar. Perancangan pada awalnya, pergi logi air dekat je sekali ada masalah, kena pula yang jauh kau. Dari skudai ke Kota Tinggi. Dah macam pergi Tanjung Balau dah. Dah pergi > balik > makan-makan kat rumah Dr.

 * kredit kepada Anaz. Serius nak ketawa terguling-guling masa ni tengok Anaz ambil gambar. Aku tak pernah tengok orang ambil gambar gaya macam dia tapi boleh tahan juga la gambar dia ambil, tak slating sangat. Its almost perfect.  Aku rasa dia tu boleh jadi tripod haha Tapi gambar yang ni selepas di'edit la ye*


Keluar Jom Heboh > wayang >Masak-masak & Makan-makan
Pertama kali keluar pergi Jom Heboh kat Angsana bersama girlfriends Atie, Zatul, Kira, Eqab.
Wayang pun pernah pergi dengan Zatul, Kira dan Atie sudah semestinya. Itu pun dipaksa oleh aku, barulah bagi lampu hijau tengok wayang.
Masak-masak & makan-makan bersama. Tuan rumah *bilik sebenarnya* : Zatul . Cef : Azuwa,  Atie, Kira, Zatul. Handywomen : Dila, Tira, Wani, dan tetamu jemputan. Penampilan khas, Tukang Huha-huha : Azuwa :) Ada je cerita yang dihabaq mai..bila dah ketawa, susah nak berhenti. Nasib baik takda yang tercekik.
* sumber gambar sudah dibuang tanpa disedari :( *


Gaya Hidup Sihat
Selama aku hidup kat UTM, tak pernah jog, beriadah pun. Bersenam? Aktiviti sukan? Memang jarang gila. Ada pun sebab join Run For Your Heart.  Tu pun sekali je masa tahun 1. Memandangkan ada duit lebih, aku pun belilah kasut running & juga boleh dipakai pergi kelas. Tulah kasut paling mahal yang pernah aku beli. Second is my high heel just only for the dinner event. Tahun ni memang shopping habis aku. Sem 1 je lah. Sem 2 aku berjimat cermat sampai takde shopping apa-apa pun. Tulah pencapaian terbesar aku dimana aku dapat tahan nafsu shopping aku. Yay~ Dah ada kasut, jog lah kan tapi tu pun tengok jadual kelas. Kalau ada kelas petang, tak jog. Yang tak menahan tu, bila jog ajak Kira & Zatul *Atie pun* Memang jauh gila Kira ajak jog sampai ke tasik semua. Tak padan dengan kecik molek orangnya, siap berpuasa lagi hari tu tapi mak ai..larat pulak dia nak berjogging. jauh pula tu bawa kitorang. Aku yang tak puasa pun, dah macam nak pengsan tengah jalan. Tabik gila gua dekat lu.hoho Aku pun dah bertukar minum Milo ke Anlene. Macam orang tua pula kan..tapi janganlah beli yang Anlene Gold tu. Dah namanya gold untuk warga emas. Tapi sedaplah anlene yang coklat tu. Tu pun sebab ada lecturer kaunseling aku bagitahu yang bekas student dia bagitahu dia yang Milo tu dia bubuh bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan =..='' (....)  Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Aku pun dah suka minum Nestle Bliss..sedaaap~




Assignmentssss
Banyak kan ssss ?  Apa lagi nak buat kat U kalau masa tak dihabiskan dengan menghadap assignment? Kan, bangun tidur, buat assignment. Balik kelas buat assignment. Masa rehat buat assignment. Tunggu lecturer masuk, buat assignment. Lagi daring, masa lecturer ajar kat depan pun, buat assignment. Cuba kita berfikir kejap. Cepat buat, siap. Lambat buat pun, siap juga. Buat diminit-minit terakhir pun, siap juga. Apa yang membezakannya ialah kualiti. Jadi, nak yang mana 1? Aku faham konsep ni, masa kat matrik dulu. 'Rilek, nanti siap jugak' Sebagai pelajar, nak ke tak nak buat, tahu ke tak tahu nak buat, rajin ke malas, assignment kena juga hantar. Ko gila tak nak hantar? Nak fail? Sem ni, memang nampak sangat banyak assignment siap lambat. Lab, SME, kaunseling, yang paling gila highway punya assignment. Dah lah buat model, esoknya nak bentang, malam ni baru buat, tidur pukul 3 pagi jadinya. Nasib baik, hidraulik dah siap awal. Tu pun slide masing-masing last minute buat. Group members kali ni memang ada lain dari yang lain. Group hydraulics was awesome, Lab semuanya girl samalah kaunseling, Highway sempoi habis. Dahlah aku dengan atie je perempuan, yang lain lelaki. Faham lah kan, lelaki kalau buat kerja, sempoi padahal dah takda masa. Kalau takda perempuan yang mula, memang tak siap sampai ke sudah. Assignment water was individual as well as numet. DE pun tapi masing-masing copy haha..
tapi assignment last aku tak buat even submit.. dahsyat gila. Memang gila pun, ni lah kali pertama aku tak hantar assignment.

* Ini gambar sem lepas. Subjek geologi&batuan. Assignment yang pelik - kemas bilik yang macam gua. berhabuk,bersawang > transform to become as a museum .macam dah jadi interior design rasanya *

* gambar kelas pertama bersama PM Dr. Edy Tonnizam Mohamad. Masih lagi tak tahu dia ni asal mana? dan kacukan apa? sebab nama dia unik !!


 * Pertama kali satu kumpulan dengan diorang. Akmal malas!! Apek comel >w< !! Matno lagi sekali, cantik poster (Matno ni macam Beto) * 

Bila dah lama dengan diorang, baru lah kenal diorang ni macamana. Best sebenarnya diorang ni. Kira, Tira, Zatul, Wani, Azuwa bagi aku diorang ni sangat lah lemah lembut, sopan santun bahasanya, cantik budi pekerti * ayat dah macam nak pinang anak orang je* Sem ni banyak luang masa dengan diorang. Budak lelaki yang aku masih lagi susah nak berbual = zazri. Yang tak payah cakap pun takpe = daus. Yang lain-lain tu semua ok. Suka sangat berbual dengan apek..comel3!! Anak manja lah katakan..hehe


Sem depan nak jenjalan lagi !!!
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: