Wednesday, July 10, 2013

N A I K T O C A N G

Hye korang.. Korang tahu hari ni hari apa? Hari rabu. Tahu apa maksudnya? Hari ni hari pertama dalam bulan ramadan. Salam ramadan guys.. *tiru ayat dalam video couple seminggu tu..agak euw gak lah tengok haha*

Hari ni jugak, kalau dihitung-hitungkan, dah masuk hari ketiga aku mula kerja *macam dah lama je kan* tapi hari ni dengan selambanya aku minta cuti haha..teruk gila perangai. Mentang-mentanglah dah kamcing dengan bos, sesuka hati je nak kerja ke tak. Alasannya, kurang sihat tapi memang pun. Pening-pening. Ni semalam punya kes la. Elok-elok je aku masa balik kerja semalam, tetibe je aku rasa pening + loya bila aku terhidu asap rokok. Bukan asap rokok je, ditambah aromanya dengan asap kereta bagai, orang sesak mak ai! Memang tak boleh blah kot semalam. Biasalah, musim gini memang masing-masing nak keluar shopping je. Lagi pun, sekarang ni Aeon dah tutup pukul 10 malam, dan diorang yang datang ni ingat Aeon ni tutup midnight. Masa nak tutup tu lah, ramai orang datang. Tak faham aku!

Nasib baik bos aku tu kata ok dan yeay!! Dapat berbuka puasa dengan family on the first day ramadan..hehe. Tapi bos aku tu siap menganjing lagi,''baru 2hari kerja dah sakit?'' haha.. bos,bos!! Ni lah bagusnya bila kita berbaik dengan orang, kerja bagus, orang bagi kepercayaan dekat kita, bila kita nak apa-apa, senang je dapat hihi. Tapi jangan sampai pijak kepala. Tu memang cari penyakit. Dah dapat penyakit, kena buang kerja huihui.. best gak tu. haha

Rasa best dapat berbuka dekat rumah. Rasa nak balik rumah sejam berbuka lepas tu masuk kerja balik. Ok tak cadangan tu?


terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

2 comments:

amir aizat said...

euw tak payah nak tiru sgt bdk kapel seminggu tuh, haha

dilagW said...

haha, teruja sampai ke langit tgk budak sekolah yg obses dgn keagungan cinta monyet dorg.. dunia dunia :P