Saturday, September 7, 2013

JANGKA RANCANG HARAP

Hye peeps, hari isnin ni bermulalah hari bagi semua penuntut IPT macam aku ni dimana pada pukul 8 @ 9 pagi dah kena tercongok pergi kelas . Pada sesiapa yang rajin datang awal tu, bukan masalah besar pun nak datang kelas..tapi yang liat gila nak datang awal tu, memang masalah lah kan tapi tu bukan masalahnya sekarang ni.. Agak-agak sem 5 ni ada lagi ke yang rajin datang awal? haha Bukan apa, macam sem lepas *sem4* aku dah mula datang kelas 'on time' tak pun lambat 5-10 minit. Relax je. Begitulah jua classmates aku. Ada yang sampai 30 minit - 1jam lewat..haha tapi bagus juga sebab tak bermakna bangun lambat jadi satu lesen tak datang kelas terus. Selagi sempat, datang je. Buat muka selenge, sudah.

Berkenaan jadual kelas... Argh, tak suka tak suka tak suka. I'm really hope yang hari jumaat takda kelas. So that, I can back home on that day..tapi apa yang kitorang suma dapat ialah

0 0 0 

tq to syahid :)

Nampak tak? Nampak?! Saja je dengki.. Dah lah makmal pula tu. Nak ubah pun rasanya impossible.. Dengan tiba-tiba wujud 1 kelas yang amat mencurigakan *aktiviti pelajar* what the h*** is that? Kalau korang tengok, nampak sangat tak bestnya disitu. Mana taknya, hari isnin, selasa & khamis, mampat habis. Rabu dengan jumaat pula lapang yang melampau! Hish!!
Curse you, timetable.. 

Satu lagi cerita yang tak tahu lah, best ke tak. Macam ni, rancangan awal nak balik UTM hari ahad petang. Dan aku ni memang jenis orang yang tak senang duduk kalau benda dah nak dekat tapi tak prepare, kemas barang semua. Walaupun semua barang memang tak terusik dalam kotak sejak check-out dulu tapi kena juga double check.  Ok.  barang-barang yang nak dibawa balik dah siap cuma baju je tak kemas lagi. Biasalah, baju banyak dan itu memang alasan nak kemas. Esok je lah kemas. Esoknya ialah hari ni. Dari pagi mengemas sambil tengok tv cerita " 3 cinta 1 novel " *boleh tahan juga lah cerita ni* , memang siapnya sampai ke zuhur. Gedebak gedebuk, tetiba my dad kata " hantar barang dulu, esok baru akak balik ". Kan, nasib baik aku dah siap semua benda awal-awal.  Vroom sana, vroom sini, sampai lah UTM seterusnya KTHO dan dari jauh aku usha pejabat, macam lain je pejabat. Renovate lagi *guna duit hasil kutipan saman sem lepas lah tu* haha.. Masuk, nak ambil kunci. Boleh pulak terkesima 2 -3 saat bila masuk pejabat haha.. 

Masa akak tu cari nama aku, *macam susah pulak akak ni nak cari nama aku* , apa lagi, aku cakap je terus, kat L13 kot. Pastu , akak tu jawab balik, yang 'awak semua' *perempuan senior kot* kat L12. Owh, Yeke? Katanya, L13 jadi blok perempuan. Tak jadi sebab tengok keadaan dan kedudukan. Hurm, yela whatever. Dan pertama kali aku dapat bilik kat tingkat paling atas. 

Dalam fikiran aku :
1. Kalau takda elektrik ke repair or whatever nanti, mampus aku nak naik tangga.
2. Jemur baju dalam bilik? Owh,nooo!! 
3. Bermakna kena basuh baju hari-hari? Pakai tangan? No using washing machine? T_T 
4. Danger!! Ancaman monyet. 
5. Cuaca panas didalam bilik?

Banyak gila kan cekadak aku?! Tapi ada juga baiknya..
1.Dekat dengan fakulti
2.Dekat lah juga dengan kawan-kawan
3.Menjanjikan internet connection

Tu je?

Ah, lantaklah. Sekarang ni cuma harap je yang " Year 3, please be nice to me " 


terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: