Friday, June 21, 2013

J E R E B U

Assalamualaikum..hai hai hai

OK.. memandangkan sekarang ni isu yang paling panas, berdebu, sampai kabur jadinya - J.e.r.e.b.u  atau bahasa inggerisnya it's called as h.a.z.e semakin teruk, rasanya sempat lagi kot kalau aku pun story isu ni. Memang minggu ni habis semua medium informasi dari internet, radio, televisyen, surat khabar samada dari orang kebanyakan ke wartawan semua, all sharing the same informations. Ingatkan lepas habis exam balik rumah boleh la keluar hang out, tapi hampeh.

Masuk hari ni je dah masuk hari ke 4(ikut kiraan aku la) sebab masa aku sampai rumah hari isnin lepas, tapi  keadaan sekeliling macam biasa je. Jerebu ni mula esok harinya (selasa). lepas bangun tidur, aku keluar ke belakang rumah. Dengan tak semenanya aku jadi batu kejap bila aku tengok sekeliling rumah aku kabur. Nak katakan kabus, bukannya subuh atau pukul 7 pagi lagi. Masa tu aku dok pikir la..lama tak lama lah aku memikir. Bila dah malas nak fikirkan lagi, aku pun terus je la buat kerja aku. Aku tak tanya pun mak aku apa yang dah jadi, diamkan je..nanti hilanglah kabus tu,anggapan aku lah kan. Sekali abah aku ajak pergi beli barang. sememangnya aku malas gila nak keluar, tapi abah aku ajak gak. nak buat macamana, ikut je la. sekali dah masuk kereta, agak-agak nak dah nak keluar taman, kabus semakin tebal. "Ish, apasal pulak ni?". "Jerebu ke bah?" aku tanya abah aku. "A'ah, jerebu". Serius, aku tengok sekeliling macam orang jakun tak pernah tengok. tapi memang pun, aku tak pernah lagi tengok jerebu sebelum ni. semakin ke bandar, semakin teruk. dah lah ditambahkan lagi dengan asap kenderaan semua..perh, lagi menambahkan perasa dan kelikatan jerebu tu lagi. malamnya, tengok berita- Singapura berperang mulut dengan Indonesia-Singapura,hentikan berperangai kebudak-budakan-haha lawak. Dia marah-marah pun jerubu ni pun jadi sebab syarikat dari negara dia ataupun Malaysia..agaknya lah. Dah desperate coz the situation become worst. mana taknya, kalau kat Johor ni ada dah IPU mencecah  300, kat Singapura lagi lah sakit woi.
Entah bilalah jerebu ni nak hilang?

Jerebu selalu melanda dimana titik panasnya dikesan di Indonesia. Sering berlaku disekitar bulan Jun atau Julai sebelum penanaman tanaman baru. Pembakaran adalah satu cara yang murah dalam proses perladangan tapi teruk padahnya..'Diorang' ni jenis tak reti bahasa ke apa, nak jimat punya pasal, bawa penyakit kat orang lain,bukan sorang dua..ni beratus berjuta. Tak termasuk lagi isu lain - gaduh-gaduh dengan negara jiran la, cemarkan alam sekitar lagi..ergh! Berbakul-bakul dosa 'diorang' dapat. Sementara kes ni kembali normal, mereka yang berada dikawasan yang melanda jerebu ni kena jaga kesihatan ok?


terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: