Saturday, April 13, 2013

.I. .M. .A. Movieholic.

hello hello..
salah satu hobi aku yg tak ley dikawal ialah tengok wayang. satu minggu cuti mid sem ni 2 kali aku pergi serbu Aeon Tebrau untuk bershopping dan watch a movie. 1st pergi hari rabu 10april  dengan kawan lama aku yg dari skolah rendah smpai ke form5, izyanti harun. ingatkan nak pergi bertiga dengan ummi madihah aku, tapi dia da keje jadi cikgu sementara dekat sekolah lama den, da tak dapat keluar sama. agak sedikit kecewa sebenarnya. bukan apa, kita ni masuk u ipta amik degree, tapi member sekolah amik diploma, ipts, keja, bila aku cuti je, diorang xcuti, cuti lain2..susah gak nak keluar sama2. kalo keluar pun 2-3 orang je. ok berbalik pada cerita asal, kitorang pergi hari rabu, secara generalnya hari bekerja. masalahnya, kitorang pelik apasallah ramai gila orang datang jusco ni..pagi2 da beratur kereta. nak cari park pun lama. rupanya, ada Jusco member card sale. da mcm kat pasar, semua nak shopping. termasuk aku. haha...tapi aku shopping yang perlu je okay.. disebabkan orang yang terlalu ramai, aku ngan yanti terpaksa keluar dari situ, serius rasa macam nak muntah dengan orang ramai,sesak gila..kitorang habiskan masa kat wayang je. tiket rm9 je, sapa xnak kan? kitorang pilih 2, the host ke the croods. memandangkan the croods tu lambat, kitorang pilih The Host.  




The Host, sangatlah tak menyesal pilih cerita tu. cerita romantik sains fiksyen. ntahlah, cerita2 yang bergenre macam ni mesti best punya mcm cita Upside Down. yanti suka gila tengok cita tu walaupun asik reply msj  je dlm panggung (msj pkwe la tu).  haha

hari sabtu, keluar lagi dengan adik aku. nak diikutkan, aku memang malas nak pergi tapi adik aku tu nak jalan2 (merajuk sbb x ajak dia pegi jusco hari rabu haritu). so aku pun merelakan diri aku pergi. masuk2 je, hmm xda ramai sangat pun orang. mentang2la sale xda..puihh!! pegi atm, terus tgv beli tiket wayang. nak tengok Langgar sebenarnya, tapi adik aku kata'' aku tak suka tengok cita gangster''. yela2, tengok Oblivion. 




before start, aku ngan adik aku bergambar dekat board2 movie, comel gila board Monster Inc. 




Oblivion, sains fiksyen lagi, tapi cerita dia lambat, x banyak sangat aksi, tapi nasib baik Tom Cruise jadi hero kan..hehe.. da habis wayang, pergi Harris dan before balik, beli Jcodonut..da lama mengidam sebenarnya. dulu abang aku belanja, pastu kawan mak bagi tapi Big Apple la, kali ni aku pulak beli.. sedap dan tak terhingga manis dia..terasa boleh dapat kencing manis je makan sebiji donut..hehe

hari ni, nak tak nak kena balik utm. sepatutnya balik semalam, tapi tak nak balik!! so, tukar lah plan..selalu macam ni. bila mak abah tanya nak balik utm bila, aku mesti senyap je padahal kepala ligat fikir bila nak balik. selalunya, pegi beli bekalan bilik nanti baru balik utm..tapi nanti singgah rumah mak long aku dulu..mak aku kata,''dah lama tak jenguk orang tua tu''haha.. 
dan macam biasalah, assignment masa cuti tak pernah nak siapkan..haha.

apa2pun, esok,isnin, dah minggu ke10..tinggal 10 minggu nak tamatkan sem4 ni..i wish u luck, do the best for exam nur adila binti misnan :)
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: