Tuesday, March 26, 2013

K F K BER'DINNER' L A G I


SALAM SEMUA... 

2hari sebelumnya...
family day KFK dah selamat diadakan di The Legend Resort Cherating, Pahang. Best memanglah best sebab dinner tempat jauh..tapi yang terseksanya duduk dalam bas 7-8 jam..aduh!! penat bontot. nasib baik ada pinjam novel dari zatul. boleh jugak lah menghilangkan kebosanan dalam bas selain tidur je. ada lah kitorang berhenti untuk lunch (masa pergi-muadzam syah) dan minum2 (masa balik-mersing). yang tak menahannya, muntah darah gila harga makanan dia. aku amik nasi (pekerja dia cedokkan(dahlah sikit)), ayam goreng (kecik gila),kuah kari ngan sambal belacan = RM5. huh,dah la mahal! tak sedap pulak tu! nasi yang sikit tu pun aku tak boleh habiskan. tension aku. yang masa balik tu pulak, aku minum air je sebab dah lunch kat hotel. air teh o ais limau RM2. bapak ar. dahsyat gila. tau lah tempat tu jadi main point bas2 semua berhenti makan tapi tak payah lah nak kaut untung over2 gila. agak2lah, kedai tepi jalan je pun. aku rasa kedai mamak kat jb ni yang dah kira mahal pun bila dibandingkan dengan kedai diorang, jauh lebih murah! hish!! 
gerak dalam pukul 8pg sampai kat hotel pukul 3ptg. yang bestnya, tak payah nak berhempit2 lagi 1bilik. average 3-4 orang 1bilik. disebabkan ramai yang tarik diri masa minit2 terakhir, ada yang sorang 1 bilik.heaven gila..haha. tapi tersangatlah rugi duit KFK. tapi yang tarik diri tu, nak tak nak kena bayar half prize yuran..rugi dorang jugak. hotel dia pun not bad gak. landscape dia lagi2 kat pool dia.. terbaik



orang ramai mandi kat pool bukan kat pantai. padahal pantai dia cantik. pasir putih halus, laut biru je. angin pun tak kuat sangat (teringat kat tanjung balau, jauh beza). disebabkan aku kali ni bukan ajk, boleh lah melepak petang tu sebelum dinner malam tu. memang nice lah, masuk2 bilik je on tv, tekan tv3 , cerita hindustan kal ho na ho... lama2 punya yang tahap gaban best. nasib baik tak meleleh air mata aku tenok..hehe memang kitorang layan lah citer tu sampai habis. dah habis, firah dah keluar dulu gi amik angin dengan abang sayang dia tu..(jgn marah)..agak2 citer kat tv dah tak best, aku ajak si siti keluar. terasa bengap gak bila aku tak teringat nak bawak seluar lebih. kalau tak bolehlah mandi pantai petang tu. mandi esok je lah jawabnya after telematch selalunya masing2 terjun mandi. agak boring jalan kat pantai, tengok budak2, omputih mandi pakai spender je (euw :P) kitorang g lah tengok budak2 kfk mandi kat kolam (lelaki je la) at least, tak da seksa mata aku tengok dorang kan..lepak kejap je.pastu pukul 6, masuk bilik, siap2 nak pergi dinner.

dah lah pakai heel maut aku ni, tak sangka jauh pulak hall dia. memang aku jalan macam robot lah kan, berhati2 kalau dak gedebuk jatuh tak memasal. dah lah dulu pernah nak terjatuh. bikin malu je. sampai2 je, tak ramai lagi walaupun dah lambat. bukan namanya budak kfk la kalau tak gila bergambar. kitorang bukan setakat gila ambil gambar tapi kalau dah nampak kamera, masing2 gila nak masuk frame. kamera besar, kecil, hp, tablet semua nak masuk. haha.. posing lah korang banyak2. kesian ajk liputan, kena melayan kerenah dorang semua ni termasuk aku!! hehe..

   






 


anyway, malam tu, sekali lagi, aku dapat meja paling belakang!! not fair!! tapi yang pastinya, kitorang ahli meja no8 lah orang terawal ambil makanan dulu sebab paling dekat dengan bufet..yeah!! dia punya gelojoh, orang lain tak bangun lagi, kitorang dah cedok lauk. tadi no.8, dan no.2 was the only my favourite number always, memang no bertuah aku ni lah, no aku naik masa cabutan bertuah. yes! yes! dinner lepas pun aku dapat gak dan tak silap aku, no 2 jugak. memang rezeki dapat kali ke-2!! sempena kepimpinan aku jadi pengarah sahara,aku dapat hadiah pendrive toshiba 4GB dan sijil untuk EPSK. 

 



btw, nak selitkan ucapan tahniah untuk Nanad sebab terpilih jadi ahli KFK terbaik sepanjang 2012 dari EPSK!! u deserved it!! bukan senang nak dapat plague anugerah macam tu..huhu. malangnya, mungkin perut aku masuk angin, aku tak dapat nak makan semua dishes malam tu, pedih gila perut..ni kalau buang angin sama ada kentut atau sendawa, aku rasa terus je ok.hahaha. tapi masalahnya, tak boleh nak keluar. ada lah aku sendawa sikit (tak macam selalu), tu pun da lega sikit. nak sendawa banyak2 tak boleh sebab tak kenyang, macam mana nak sendawa,huhu..dan akhirnya, aku kecewa sebab tak dapat makan banyak malam tu..sedih betul!! dan habis je dinner tu, lagi sekali semua serbu white room lagi, bergambar, posing, berebut lagi..huru hara. 

M.E 2013
king & queen 
batch 2011/2012



haa, ni dia, kembar aku malam ni..memang spoil betul. 



boleh pulak sama baju.. tapi aku memang dah agak dah, mesti ada je yang pakai sama baju dengan aku..so, aku tak terkejut pun. lek je lah..sweet apa baju sama..kau ada??!!hahaha..lepas je group photo, aku merangkap ketua bilik yang memegang kuasa veto untuk pegang kunci bilik, terus balik bilik. malas nak melayan dorang2 semua yang tak reti penat. kaki aku da lenguh weyh..terasa nak je berkaki ayam balik bilik. habis hari pertama.

hari kedua dan yang terakhir.
nyenyak gila tidur, sedap je baring atas katil ngan bantal empuk macam tak nak bangun..siap2, pergi breakfast, makan nasi lemak, cereal dengan roti2 yang enak belaka. banyak lagi tak makan, tapi perut dah full. makan tak ingat dunia dahlah lepas tu ada telematch, semua perut dah ke depan. telematch kali ni ada lain sikit daripada yang selalu. selain daripada baling belon yang ada air,tiup tepung amik gula,tarik tali.. ada game yang lain dari yang lain. pas getah guna straw,pusing palang tiga kali ( yang tak menahan tu ada sampai patah palang tu dikerjakan!! haha kuat betul),mafia team-belon tiup ikat kat kali pastu pijak belon pihak lawan.best gila.tapi belon aku dah pecah awal.. awal2 team aku yang macam loser,tapi last2, team kitorang menang!! team merah johan..apa seyh, loser becomes a winner. haha..best2!!









kecik gila kamera niiii!!


team merah menang tarik tali :)


semua enjoooy..

lepas je habis, masing2...apa lagi, terjun kolam..dalam kolam pun sempat lagi bergambar..berbekalkan hp yang canggih plus kamera kiub kecil yang boleh amik gambar dalam air, kitorang lagi sekali berebut nak masuk frame..dah agak lama berendam, masuk bilik, siap2 nak check out. habis check out, lunch. lupa nak bagitau, selain gila kamera, kitorang pun gila makan. sebab tu ada bam sana bam sini..hihi.sharp pukul2 petang, barulah berlepas balik jb..dalam perjalanan balik tu memang ak boleh lupa, dah lah panas sebab dek panahan sinaran matahari ke dalam bas..panas! berpeluh..jalan balik pun bukan jalan yang sama masa pergi. yang ni dia punya bengkang-bengkok ditambah dengan kelajuan bas yang gila punya laju, serius macam naik roller coaster. sampaikan aku rasa nak termuntah..nasib baik aku bawak minyak angin,habis aku tongoh kat kepala dengan leher..dan, akhirnya sampai utm jam 9 lebih malam. penat gila..however, dinner kfk paling best dan kalau  ada rezeki tahun 3 & tahun 4 aku still gak nak join :) 
LOVE K F K 

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: