Saturday, June 22, 2013

K R I K K R I K

Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah cuti sem plus minus 3bulan jugak la. Kali ni cuti cepat pulak kalau dibandingkan dengan U lain, dorang tak habis-habis lagi. Walaupun, kitorang tahun 2 habis exam lambat tapi masih lagi cepat. Cepat tak cepat la kan, mula study week sampai la exam habis, ada sampai aku tak keluar blok 3hari. dah rasa macam 'katak bawah tempurung' da aku rasa. nasib baik my roomate - kak Emi - rajin nak belikan aku lunch & dinner. To be honest , kak Emi memang roomate yang best. Kelakar, rajin, baik, sumber pembekal movie. Setakat ni, da 2orang roomate aku, boleh dikatakan diorang ok. Maksud ok tu - tak emo, tak annoyed, tak pengotor tapi so-so la..aku boleh layan diorang lagi la. Yang bagusnya, mereka berdua ni single. Hmm, what's a coincidence,right? Takda la hard feeling, death mood or situation yang tak menyenangkan ada dalam bilik or suara-suara halus before nak tidur #bergayut maksudnya# hehe..bukan suara..


 Apa yang bagusnya, tahun ni aku tak cuak duduk dalam bilik sengsorang. Memandangkan Kak Emi selalu balik rumah kakak dia, pergi sana sini la, banyak aktiviti outdoor, jadi tinggallah aku sorang dalam bilik. Memandangkan bilik aku sem ni kecik berbanding yang lepas, aku tidur tak buka lampu pun dan tambahan dengan budak blok atau lagi tepat mereka yang duduk sama aras, sangat-sangat joyah+becoh+mulut tak henti-henti pot pet+ lari sana sini+ terjerit-jerit #sangat sangat geram dengan diorang tu# 

Topik asal yang nak diceritakan sebenarnya bukan pasal roomate aku. Ntah tetiba pulak terkeluar cerita tu. Motif entri kali ni yang sebetulnya ialah...ntah la. 



aku pun tak tau. Sejujurnya, aku rasa malas gila nak tulis blog. Padahal banyak je input, tapi cuti kali ni semua benda yang aku nak buat masa cuti ni jadi malas gila nak buat...

To-do list:
1. Update blog
2. Shopping
3. Watch a movies
4. Learn to cook
5. Get a job

Tengok la tu, benda yang aku suka buat pun aku malas nak buat. Bukan jerebu jadi sebab utama aku malas, but sometimes laziness are necessary to be experienced by a human being,right? Cuma kena lawan je la. Entah bila penyakit aku ni nak hilang. Malas..malas...dan malaaas!! Esok aku akan try cuba buat yang mana aku boleh buat!! La ni pun dah mengantuk.  Jumpa esok ok..

#p/s : orang skrg ni kalau dah rojak bahasa inggeris dengan melayu camni lah jadinya =
try+cuba <--- selalu guna ayat macam ni. padahal benda yang sama..termasuk aku.haha.. Jadi,tolong la ubah perangai tu ya.. Banyakkan tengok Oh! My English yup..
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: