Tuesday, January 24, 2012

C.u.Ti.S.e.M.1.(ep.7)

halu halu haluuuu~
erm, tajuk apa ea..

APA APA JELAH

selamat pagi *pagi ni lah.kalau petang ke malam ke,abaikan je* walaupun dah berapa jam dah bangun dari tidur tapi mulut ni masih lagi menguap macam singa *huduh betul* mana taknya, tak mandi lagi, macam ni lah jadinya *perh,jujur betul. ada aku kisah? haha* cuma nak story mory je pasal semalam. semalam? ya , semalam. ada apa? takda apa-apa pun cuma takat keluar dengan kawan aku je *tak syok sebab keluar berdua je. yang lain-lain semua diploma kan , cuti dah habis. jadi mereka semua tu dah balik u* rancangan asal gerak pukul 11.00pagi tapi biasalah janji tak pernah jadi. aku punyalah bersiap bagai nak rak, sebelum pukul 11 aku dah siap. menunggu kawan aku tu sampai rumah je dah nak pukul 1. sementara tu, aku boleh tolong mak aku masak, tengok movie kejap, main-main dengan kucing aku yang comot tu. lalalalala , takpa lah kan. lupakan je macam tak ada apa-apa yang berlaku. 

baik punya cerita, sampai je jusco tebrau aku ni *ceh,perasan* serbu toilet dulu. macam biasa. hala tuju pertama kitorang kalau sampai shopping complex. yang tak boleh blahnya, kan... FUYOO, CANTIK SIOT TOILET DIA~! serius cantik . memang kelas kau. toilet dekat midvalley yang kat KL tu pun kalah kau tahu. ''berapa lama aku dah tinggalkan jusco ni? tahu-tahu je toilet dia renovated already.'' *sedih. tak snap pun gambar toilet. =..= euw. gambar toilet pun nak ambil ke? tapi cantik sangat* ok, kita tinggalkan cerita jamban tu. 

destinasi seterusnya, pergi beli tiket wayang. hari tu pergi jalan-jalan dengan keluarga, nampak tgv ni tengah renovate. yelah kan, untung banyak ma. dah kaya, semua orang datang sini nak tengok wayang. kat mana-mana pun aku pergi kat JB ni, wayang kat sini jelah yang paling baik punya. bilik dia besar. kalau kat CS, kecil. tapi ni kat JB lah. kalau kat KL, jangan cerita, diorang punya lagi besar. jalan-jalan dari jauh, pergh! panjang tu orang beratur. tulah, lambat sangat sampai. selalunya dulu kalau kitorang datang sini pukul 11 dah terpacak beli tiket. datang-datang je terus pergi kaunter. kali ni, beratur pun dah ambil berapa minit. sampai kaunter, beli tiket cerita 
JOURNEY 2 : THE MYSTERIOUS ISLAND.

tada..3D tau :)

tak tahu nak tengok cerita apa. tak banyak cerita. cerita cina banyak lah*apa ayat aku nih?* nak tengok cerita hantu, nanti nak keluar dengan dia mesti tengok cerita tu *takut* bila nak bayar je. akak kaunter tu cakap, "ok, semuanya RM42." "HAH???!!!" serius aku terkejut. nasib baik kat situ bising . kalau senyap memang bergema dengan suara aku . aku tak tau pun tiket wayang 3D berapa. rupanya RM21 seorang. ditambah lah pula hari ni public holiday , memang lah. puih! nak tak nak, bayarlah. aku yang belanja wayang. kawan aku tu belanja popcorn, minyak kereta, dengan makan sikit. hihi. ok lah kan. wayang pukul 1.40 petang. masa tu, ada lagi 10-15 minit nak showtime. jadi, beli popcorn. lepas tu, aku macam tertarik dengan satu tempat , dalam premis tgv juga. tempat tu kat dalam , jauh sikit dari kaunter tiket . aku tengok ada orang dalam tu. aku pun pergilah . owh, rupanya ada tempat duduk sementara nak tunggu masuk panggung. bagus-bagus. tapi kat situ suram. gelap. patutlah orang tak ramai kat situ. dah lah terpelusuk , takut je nak pergi. kerusi tak panas lagi , bilik kitorang pun buka. ni pertama kali tengok 3D , jadi macam leceh juga, nak ambil spec dia lah , apa lah , kat luar bilik . dia tulis kat banner
1) jangan lap spec dengan tisu. masalahnya, spec tu penuh dengan cap jari. aku cakap dengan kawan aku , dia tulis jangan lap pakai tisu kan, kita lap pakai kain baju. haha..
2) pulangkan balik spec bila wayang habis. yela,yela..
3) kalau spec rosak, kena bayar RM100. amboi. dalam tiket, tertulis sewa spec je RM5.
4) ... tak ingat lah apa . tapi tak silap aku ada 4 benda dia tulis kat banner tu. ah, lantak lah.
serius, wa cakap lu, depan gila seat kitorang. seat C . huh! dekat gila. nasib baik tak sakit leher aku. masalah pula timbul , macam mana nak pakai spec ni? dah lah aku pakai spec , ditambah pula dengan 1 lagi spec . buka spec aku tapi pakai spec 3D tu , tak nampak pula screen . jadi, first layer spec aku, second layer spec 3D . nasib baik spec aku boleh hold spec 3D tu . takda lah aku nak pegang je . secara keseluruhannya , best gila lah 3D ni. cerita tu pun best juga . memang superb . rasa berbaloi jugalah RM42 tu terbang melayang. hihi.

settle cerita wayang , its shopping time lah weyh. tak lah shopping sangat . cuma mencari baju lengan panjang untuk dipakai masa survey camp nanti . hello , aku beli benda penting tahu . bukan saja-saja menghabiskan duit. tapi habis gak duit aku. RM77 untuk 3pasang baju. ok lah tu kan.
oops! terlupa pula . aku tertinggal part sebelum beli baju . bahagian tu ialah

pergi jumpa kawan kerja lama . pergilah jumpa kejap ,berbual-bual sampai diselitkan dengan sedikit gosip . nasib baik ada orang yang aku kenal kat situ iaitu kak yana . melalui pemerhatian aku, ada juga lah 3 budak baru kerja kat situ. kikilala sorang. garfield sorang. larrie sorang. ben10 takda orang *hahaha* ada juga lah info aku dapat pasal budak gila + setan yang aku gadoh dengan dia tu *nak tahu sangat? klik ni* mengikut apa yang diceritakan oleh kak yana aku tu , dia cakap yang budak tu kena buang kerja . untuk sekali lagi , "HAAHH?!!" aku fikir sekejap . kalau berhenti tu aku tak lah kisah tapi kena buang , memang tak boleh blah . mulalah dengan perangai buruk aku yang nak busybody , mamarazzi , gossip and what so ever ni kan.. *sebenarnya, dalam hati aku masa tu ketawa macam nak gila. rasa puas hati pun ada. astagfirullahalazim. jahat betul aku.* kak yana cakap yang dia kena buang sebab Blue Wave (pak,mak,cik,akak,abang guard jusco) tangkap dia sebab tuuuttt dengan makwenya dekat parkir kereta bawah tanah kot. makwe dia tu sebenarnya budak jusco juga tapi kerja kat baju budak, depan tempat kaunter kitorang je. kiranya, muak juga lah tengok muka dia je dulu masa kerja. hm, macam-macam . patutlah, muka budak tu pun dah tak nampak *kwang kwang kwang*

perginya kami berdua ke Harris untuk beli barang mengajar kawan den yang sorang ni . dia tengah tunggu keputusan STPM keluar . jadi , sementara ni , dia kerja dekat tadika . baru mengajar , jadi barang mengajar tu tak cukup lagi . aku teman je lah tapi bukan untuk bayar dekat cashier . akhir-akhir ni , cashier dia memang sesak gila kot . tak pernah lengang *bila aku ada lah masa tu* =.= adakah aku yang menyebabkan semua ni berlaku? *hok'aloh , tak payah nak perasan sangat lah* aku pun meninggalkan kawan aku kat situ . yang aku ni pula pergi merayau dekat ground floor jusco tu. ada persembahan dekat pentas . aku pun tengoklah sekejap . memecahkan gegendang telinga dengan muzik tradisional cina yang memainkan gendang diorang semata-mata. hurm.. dan mencari kerusi kosong dekat-dekat situ lalu duduk sambil menunggu kawan aku muncul dipandangan aku ni *apa jenis ayatlah yang aku guna ni?*

dah settle semua hal kat jusco , kitorang ke danga . cuci-cuci mata sambil ambil angin petang kat danga ni yang kuat dengan cahaya matahari yang sakit mata den dengan kesilauannya . jalan-jalan sampai lah dekat tempat permainan tu semua . kalau malam lagi best kot *nanti nak keluar dengan orang tu pergi danga,boleh?* dah jalan-jalan kat danga , pergi cari makanan . lapar kot . tak tahu nak makan kat mana . pergi CS makan McD? tak nak . lalu je depan CS dengan jalan sesak nak gila . akhirnya , sampai dekat...

Kampung Melayu . makan kat sana . pukul 8malam, baru gerak balik Desa Jaya tercinta *bweek! haha* huih, nasib baik bapak den dah pergi kerja . kalau tak , bernanah telinga dengar leteran beliau *kahkahkah*
masuk bilik , kemas-kemas barang . buat apa yang patut . nak on9, tapi apahal lah dengan laptop aku ni tak boleh nak access *siot betol* dah banyak kali cuba shutdown , restart pun tak boleh juga , tengok lah cerita



NINJA KIDS versi manusia tu, yang aku tak tengok lagi . aku pun tak tahu macammana ada ada kat lappy aku . aku ada nampak atie tengok cerita ni kat dalam bilik dia sampai kterbahak ketawa padahal takda sarikata . hurm, jadi aku pun tengok lah kali ni . lepas tu, adik aku pula datang menyebuk , join sekaki . aku tengok sampai setengah je sebab stress tak paham dia cakap apa. bila ada lawak je aku ketawa tapi AKU NAK TAHU DIA CAKAP APA !!! macam dengar makhluk asing bercakap.

ok..kita sambung balik.kat mana ea tadi..*bersambung? apa yang bersambungnya?* tak.tak.  aku ni baru je dari dapur . *ok* hey, bukan sebarang je tau aku buat kat dapur tu. aku masak beb *wow* ala , masak sayur je . tu pun memang terpaksa kena masak sebab bapak den ajak mak den pergi mana ntah . jadi , mak den ni tengah masak . takkan nak biar je dapur macam tu. dan tak kerana dipaksa oleh bapak den ni * huhu*  memang taklah juga aku masak . mak aku pula boleh bagi kepercayaan kat aku untuk masak . bedal je lah. berbekalkan ilmu memasak aku yang ntah apa-apa ciput ni. masak je lah . ok lah hasilnya . cuma tak nampak cantik sebagaimana mak aku yang masak. *sobsob* yela , yela . saya memang tak terer pun bab ni , okay?
rasanya , dah berjela sangat aku menaip ni . sampai sini jelah aku punya story mory . jam pun dah pukul 1 . tak mandi lagi *ferh* ok . ok . nak pergi mandi lah ni tapi selepas aku melantak limau yang ada kat sebelah lappy ni . dah lah tadi masa nak kopek , air dia terpecik masuk dalam mata aku . hei , mentang-mentanglah aku tak pakai spec , bikin perang ini limau . habislah riwayat engkau kejap lagi*hahahahaha #ketawa jahat*
ok.ok.dahlah! bila nak habis ni. tata ^,^
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: