Monday, December 5, 2011

untuk kamu

10.24 malam 5 december 2011
baru je buat panggilan ke seseorang aka kawan aku
yang baru je beberapa minit putus dengan teman wanitanya
hurm..aku nak nasihat pun aku bukannya dr. cinta mahupun pakar motivasi yang arif sangat nak bagi nasihat kat orang
tapi apa maknanya kawan kalau tak boleh bagi nasihat, tegur, tolong kawan kita sendirikan?
tu pun untuk kebaikan kawan kita juga
kawan aku ni, yang baru juga lah aku kenal dengan dia.
kenal pun sebab satu kelab.
tak banyak aku tahu pasal dia setakat
nama,kursus dia ambik kat utm ni,asal mana,dan beberapa info sikit.
tu je.
berbalik kepada cerita asal,dalam sebulan beberapa kali putus.
ada sebab kenapa terjadi dan itu bukan atas permintaan dia.
aku tumpang sedih bila dia cerita apa yang sebenarnya berlaku,
tentang dia
kehidupan dia
aku dengar pun sampai nak naik demam
terus panas pulak badan aku
yelahkan, kisah hidup orang cuma orang tu je tahu
selagi tak cerita, kita tak tahu
segala yang berlaku, yang dah lepas, benda yang tak sepatutnya terjadi yang sememangnya kita taknak benda tu sesekali terjadi kat kita,
kita jadi sempadan supaya tak berulang dan jadi mimpi buruk lagi dalam hidup kita
asalkan kita ada usaha untuk berubah, insaf dan taubat
cukup
dan aku tetap akan jadi kawan kau
walau teruk mana pun kawan aku
selagi dia tak buat hati aku hampa ,kecewa,marah
aku akan jadi kawan sepanjang masa jika diperlukan
Allah memang nak uji kita.
keadaan kau sekarang ni, yang memerlukan seseorang..
ya,
setelah aku tahu semuanya, baru aku faham
tapi cuba bagi ruang untuk diri kau buat seketika
biar diri kau rehat,tak perlu fikir orang lain yang tak diperlukan dan tak penting pun buat masa sekarang ni
tolong lah
tak mati pun kalau takda orang yang cintai kita
kasih daripada keluarga, tawa daripada rakan dah cukup bagi diri aku
takpa kalau hati ini tak berteman
asalkan diri ni ada teman yang sentiasa ditemani yang tak akan hilang pergi
huh,,aku pun tak tahu lah apa yang aku mengarut ni .
nak buat tutorial math pun tergendala..haha
untuk kamu,
kuatkan semangat,ok! v^,^v
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: