Thursday, December 15, 2011

terima kasih banyak

Cerita dulu

Bila dihitung balik, dah lebih 2 tahun aku solo. Bukan takda orang yang nak kan aku, tapi aku yang tolak. Bila aku telefon kawan sekolah aku ke kawan matrix ke, soalan yang mesti diorang tanya, “ kau takda pakwe ke?” . bila aku jawab, “ takda”, diorang kata aku tipu pula. Alasan, sebab  tak percaya. Dah memang hakikatnya-takda- nak kata apa lagi? Semuanya terjadi disebabkan oleh bekas pakwe aku yang last sekali. Perasaan yang benci kat dia menyebabkan aku benci kat lelaki. Dialah yang hancurkan harapan aku, dialah yang menyimpang jauhkan aku. Dialah yang membazirkan duit, masa dan perasaan aku.  Disebabkan dia, aku janji kat diri aku sendiri yang aku taknak ‘couple’.  Benda tu dah jadi macam prinsip hidup aku. Kadang-kadang aku rasa macam dah kena sumpahan oleh prinsip aku tu sendiri. Aku terpaksa jadi ego untuk tutup, bekukan perasaan suka aku kat seseorang dan hasilnya, sampai sekarang aku solo.Sejak kes tu, semua orang yang aku kenal hanyalah berstatuskan kawan semata-mata. Cuma yang membezakan mereka ialah rapat atau biasa je. Merekalah yang menggembirakan aku dan aku lebih kini memahami nilai sebenar ikatan persahabatan. Semuanya bebas. Aku nak kemana pun, ikut suka aku. Aku nak buat apa pun, suka hati aku. Kalau ada orang nak marah pun, keluarga aku je pun.  Takda sesiapa boleh kongkong aku..senang dengan status “ bujang ”. tapi, fitrah manusia sememangnya perlukan pasangankan? Walaupun aku gembira dengan adanya kawan-kawan aku, tapi dalam dasar hati aku ada apa? K o s o n g . macam yang aku bagitahu tadi, aku pegang kuat pada prinsip aku.tapi kadang-kadang peraturan dan undang-undang kerajaan pun kita main langgar je kan,macam tu juga aku. Ada juga sesekali aku mencari tapi semuanya hampeh. “cinta tak perlu dicari, biarlah dia datang sendiri”. Korang percaya ke? 50-50. Orang yang tak kuat,malas nak usaha,akhirnya? Lantak lah. Aku pun lama-lama malas nak teruskan misi pencarian. Buat pening kepala je. Tatkala malas nak melayan perasaan , malas nak kusut-masaikan kepala yang dah tersedia serabut ni, tatkala tu lah sorang-sorang muncul. Sayang seribu kali sayang,maaf. Aku tolak mentah-mentah. Masa kenal dulu tanya ‘single’ lagi ke? Memang lah ‘single’ dan ia tak bermaksud aku ‘available’. Aku memang takkan jual ‘single’ aku tu. Mahal kot.haha. .hey,tak matilah kalau tak ‘couple’! haha dan Alhamdulillah, aku masih lagi kekalkan prinsip aku tu.

Cerita sekarang

Perkenalan dengan seseorang yang sememangnya apa yang aku akan buat; buat kawan. niat asalnya memang nak kawan je kan,jadi apa masalahnya? Apa yang aku mengarut ni? Ok,macam ni. Mula-mula kawan, dulu masa kenal pun gitu-gitu je. Jumpa pun,jarang.

Aku(P) & Dia(L).
Situasi 1-P solo,L taken
Situasi2-P solo, L solo
Situasi3: P solo,L taken
Situasi 4: P solo,L solo balik
Situasi5:P solo + bahagia, L solo + (tak tahu)
Situasi6: P solo,L complicated

Ada faham?
Apa jenis penulisan lah yang aku guna ni,hahaha
Luahan hati aku
( aku kalau boleh taknak bagitahu tapi baik bagitahu kat sini sebab aku tak nak dan tak tahu macam mana nak cakap benda ni depan kau )
pertama kali aku kenal kau, aku rasa kau orang yang lain daripada orang yang aku kenal. Untunglah sebab masa tu aku gembira sangat masa KB2 dan aku tegur kau. Patung rantai kunci angry bird yang kau gantung banyak-banyak kat beg kau tu memang jadi perhatian aku dan nak kenal dengan kau. Masa awal-awal kita kenal, Aku memang tak terfikir pun yang hubungan kita akan jadi serius. Pada mulanya, aku Cuma nak jadi kawan kau ,untuk temankan kau,dan kau jadi tempat untuk aku berbual..tapi semakin lama kita kenal, aku rasa yang tahap hubungan kawan tu dah melepasi sempadan.serius aku cakap, aku dah lama tak rasa kebahagiaan yang macam ni. setiap hari kau mesej aku.setiap hari kau telefon aku dan berkali-kali dalam sehari. Apa yang kau cakap, apa yang kau mesejkan kat aku, aku rasa lain dan dalam masa yang sama aku rasa sangat bahagia. Aku tahu ada maksud disetiap apa yang kau cuba sampaikan tapi kau pun tahu yang aku ni seorang perempuan yang ego, teguh pendirian, dan tetap dengan prinsip aku tu, aku terpaksa buat-buat tak tahu, buat-buat tak faham walaupun aku sendiri dah lama tahu apa yang kau nak cakapkan sebenarnya.  Aku nak kau tahu satu je. Aku hargai setiap ,walauapapun jenis perasaan kau kat aku dan aku sangat berterima kasih pada kau sebab gembirakan aku tapi, aku rasa hubungan kita biarlah setakat mana kita sekarang ni. Aku rasa aku lagi selesa bila dengan kau dengan hubungan yang macam ni. Aku tak perlu rasa takut, aku tak perlu rasa bersalah, dan aku tak rasa tersekat. Ex ko pun dah muncul balik kan. Aku tak boleh nak kata apa sebab tu antara kau dengan dia. Kalau kau nak terima dia balik, aku tak kisah.Keputusan kau, perasaan kau, hidup kau. Semuanya kau. Takda satu pun yang terselit nama aku. Apa pun keputusan kau, aku sebagai kawan sokong kalau apa yang kau buat tu betul dan nasihat kalau sebaliknya.tu pun kalau aku boleh bagi nasihat lah kan dan ingatlah bahawa aku tetap ada dimana-mana untuk kau...




terima kasih kepada jawa aku, aku sayang kau sangat-sangat.. as a friends :)

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: