Saturday, October 22, 2011

syoook nyer KB2..!


assalamualaikum...
hai hai hai
bila dapat on9 ni , assignment depan mata pun dah tak ingat nak buat.
susah kot nak dapat access internet kat sini. so, kalo dapat tu, jangan lepaskan peluang anda!
taip ni pun dah tak larat. tangan sakit,kaki sakit.senang cerita satu badan sakit ni. 
semalam satu hari suntuk kat jb.
dari pukul 5.30 pg aku bangun, 7pg gerak keluar kolej, 8 gerak ke jb. pukul 10mlm baru balik utm.
buat apa??
aku dapat join KB2.
KB2..??
Kelas Bimbingan 2 Kelab Fotokreatif UTM JB.
kiranya macam belajar fotografitu suma lah kan..
minggu lepas KB1,



 belajar teori lepas tu ambik gambar kat dalam utm je.
ingat senang ke nak ambik gambar. kitorang yang budak baru ni kena ambik gambar guna kamera manual yang pakai filem tu, bukan DSLR. satu gambar nak ambik nak dekat 10 minit,tu pun kalo ok.
masa KB1 ni, gambar aku ambik bukan main cun lagi tapi bila kitorang nak bincang pasal gambar yang dah cuci, gambar aku ada 1 je! 
dah lah 1.
tak lawa.
siap buat multiple exposure lagi,haha
haprak lah kan.kecewa gila. penat-penat ambik,berhujan dan panas!
budak group aku yang lain ada lah 3-6 gambar.
tetapi keajaiban berlaku disini,dimana (skemanya ayat)
aku terpilih juga untuk terus bersama menyertai KB2.
tak tahu macam mana orang atas pilih sebab
budak group aku tu gambar dia cantik tapi tak dapat. (...)
nak buat camna kan..
KB2 ni pula, kitorang buat photoshot kat JB












<pagi-tengahari>
 ke bandar ambik gambar street,bangunan dengan deepavali sebab kat bandar sekarang ni memang tengah musim jualan deepavali dia kan..

<lepas zohor>
 zoo jb tapi hujan dan tak syok sangat. aku pun tak ambik banyak sangat gambar. boring.

<asar> 
masjid sultan abu bakar. solat,ambik gambar dekat situ sekali dengan gambar group


<petang>
 makan malam kat Singgah Selalu.
 Kaya betul KFK sponsor makan kat situ. Suka tom yam dia. sedap!

<malam> 
danga bay. berjalan kaki dari SS ke danga..??
memang gila.ramai-ramai jalan kaki kat highway tu. kereta laju-laju belaka. lagi tak boleh blah bila kena lintas.
cuba bayangkan jalan sehala tu 4-5 lane.memang takut gila nak lintas. budak-budak belakang dah lintas dulu tak bagitahu pun kitorang yang depan. diorang yang takut kata lintas guna jejantas tapi group kedua ( aku sekali) lintas.dorang lintas, aku yang agak ketinggalan pun,ikut jugak. tu bru je yang sehala,ada lagi. diorang yang group pertama seberang tu bagi support kitorang.haha.
tapi ada lagi yang tak lintas. 3-4 orang kot yang tertinggal. so, ada lah abang-abang ni, pergi jemput diorang.
serius,kaki aku menggeletar kot.
malam memang lagi susah nak ambik gambar.banyak ambik kat tepi jalan. kereta lalu lalang, relaks je.haha..
aku pun tak ambik banyak gambar sangat sebab dah penat sangat.








<pukul 10mlm>
 lebih gerak pulang ke utm. dapat tidur sekejap je. memang lah ,danga dengan skudai bukan jauh mana pun. sampai je,semua orang balik tapi
aku buang tebiat dengan mengajak kawan aku ke Pesta Bundle dekat area kitorang turun bas tadi. 
kat sana biasalah ,aku beli selendang dan belanja kawan aku air, je..duit pun tak banyak bawa,so tak shopping sakan..

<11.30mlm> 
baru gerak balik kolej. nak dekat tengah malam baru sampai bilik.
gila lepak!
tapi seronok sebenarnya dapat join KB. tak sabar nak tengok gambar yang kitorang dah ambil! ^^,

#tak banyak gambar upload sebab tak dibenarkan ambil gambar sepanjang kb..insyaAllah,aku akan ambil dekat pc kelab:)

 adalah dikepilkan sekali dengan gambar masa post-mortem (baru nak upload ke..??)
haha,gua busy!

















terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

2 comments:

nua pawa said...

curlasssz kau makdat!

dilagW said...

ne de..
still cam dulu kan..??
hehe