Wednesday, July 6, 2011

Kisah Kau dan Aku

KISAH HATI- ALYAH

video


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini... di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 Bestkan lagu ni..??

Ni lah lagu yang 1pakej siap lirik dengan mv pertama dalam blog ni..haha
Sebenarnya lagu ni ada kena-mengena dengan entri yang aku nak cerita.
Ianya mengenai nukilan,luahan,coretan hati aku jugak lah..

Sejak kebelakangan ni aku teringat kat seseorang yang dulunya pernah mengisi bunga dalam hati aku.


Nama : M.N.I
Nama penuh dirahsiakan ya. 
PAGI Pertama kali aku jumpa kau kat sekolah _____ . Ingat lagi, masa tu orang kecoh pasal kau. Kau baru je masuk sekolah tapi dah glamor. Sana-sini orang cakap pasal kau. Aku pulak tak berminat nak tau. Masa aku nak turun rehat, kat tangga, aku yang tak sedar kau jalan selisih dengan aku nak naik rehat, tiba-tiba je aku tertoleh belakang tengok kau. Tu ke budak baru? Memang aku tak pernah tengok muka dia sebelum tu. Orang yang biasa-biasa je. Hurm,okay lah. Sekurang-kurangnya, aku dah jumpa dia. Tapi yang peliknya, kenapa aku tau-tau je yang kau lalu tadi?  

PETANG Nak pergi sekolah agama. Tunggu van kat simpang jalan. Aku pergi tunggu sorang sebab abang aku lambat siap. Tiba-tiba lagi sekali, kau datang dengan baju sekolah agama.



Keturunan : Melayu
Agama : Islam

Aku yang pelik pandang dia terus alih pandangan ke arah lain ( masa tu dulu aku pemalu gila, sekarang pemalu jugak tapi dah kurang sikit tak macam dulu ). Rupanya, dia pun pergi sekolah agama jugak, naik van yang sama.
Okay,aku pun senyap je lah, kata malu..haha. Abang aku pun dah menjelma. Dia datang-datang terus berbual dengan kau. Yelah,kawan kan,


Umur : 20 tahun ( sekarang )
sama umur kot. Balik sekolah pun sama. Jumpa kau lagi. Yang pastinya, dia sekarang yang dulunya aku tak kenal tapi famous dikalangan orang lain, bersekolah kat sini, kawan dengan abang aku, dah merangkap jadi JIRAN aku..!!
Lama lepas tu, aku dah tak kisah pasal kau. Kalau hari cuti, kau, abang aku dengan yang lain-lain pergi main. Kadang-kadang kat rumah aku pun jadi port. Susah aku nak buat aktiviti aku,huh!!
Tapi dah hari-hari jumpa kau, tiba-tiba kali yang ke3,ada pulak feeling kat kau ( buweek ). Aku simpan je lah. Takkan nak cerita kat orang. Tak lama lepas tu, kawan-kawan kau aka kawan abang aku termasuk kawan-kawan aku dah mula kene-kene kan aku dengan kau. Apahal pulak. Ada yang tak boleh blah, diorang jerit yang kau suka aku (!!!!!!!!) Aku pun tak tau betul ke tak. Mulut orang. Kau pun bukannya cakap sendiri dekat aku. Dia pun pemalu kot tapi dengan aku jelah kalau orang lain, kau tak malu, maksud aku kau ni peramah, mudah mesra. Sepanjang kita kenal, jarang berbual. Boleh dikira berapa banyak kali kita berbual. Yelah, dah lah berjiran, malu lah kalau mak bapak tau tapi lama-lama diorang tau jugak ( bengang siot lagi-lagi dengan mak bapak kau ).


Sukan yang diminati :  Badminton

Suka aku tengok kau main badminton. Penuh semangat.haha Dulu pun kau suka main skateboard,kan kan..?? Seronok bila masa sambut raya, marhaban bila kau ada :)
Tak lama pun kau tinggal sini,. Kau pindah sekolah lepas dapat result bagus. Lepas tu pindah rumah pulak. 
Pekerjaan : Pelajar di Universiti Teknologi Petronas  (sekarang)

Kalau lah kau dapat baca entri aku ni..
No hp kau pun aku dah delete dulu. Aku pun tak tau kenapa aku delete no. hp kau.

AWAK, AWAK ADA MENARUH HATI KE KAT SAYA..??
Aku sendiri tak tau yang kau ni suka aku ke tak sebab kau tak pernah bagitau kat aku.
Kalau YA lah kan,
MASIH ADA LAGI KE PERASAAN TU..?? 
Mana taknya ,awak pergi macam tu je. Never say goodbye :( 
Sekarang ni pun, awak senyap je.
Status : Bujang 
Kalau kau in relationship, boleh jugak aku tau yang kau ada hati kat orang lain. Melainkan, kalau  ada tapi kau sorok kan..
--------YANG AKU NAK KAU TAU--------
^x^ I'M TOTALLY MISS YOU ^x^

Dah lama kita tak jumpa kan..Alangkah bagusnya dapat jumpa kau :( Kalau ada jodoh,dapatlah jumpa..

Apa-apapun, aku doakan kau berjaya dalam pelajaran seterusnya dalam pekerjaan kau nanti :)
  

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

3 comments:

ct atie said...

bertemulah kembali dgn gula kau...
smoga bahgia..

aku sdg bersedih~
huhuuuu..

dilagW said...

smile,laught,cheer atie..:)
dont be like that

amir aizat said...

meleh ceq dgr lagu ni,haha