Saturday, June 25, 2011

sukakan..tapi aku tak!!

Okay, aku nak tanya. 
Korang ada tak nama shortform @ nama pendek panggilan yang menyakitkan hati..??
Sememangnya nama tu kalau dibagi kat korang, ianya dibagi atas sebab sesuai dengan ciri-ciri korang @ perwatakan korang @ percakapan korang, dll.
Hurm,, kalau dulu masa kat matrix, mereka = kawan-kawan aku menggelarkan aku..

M A K D A T
yang memberi maksud 
A K D A T i n 

Melihat daripada cara berpakaian aku, mereka kata macam lah mak datin. 
Betul ke? tapi aku rasa macam biasa saja.
Ingat lagi masa awal-awal lagi mereka guna nama tu. 
Perh! Menyirap. 
Kalau budak lelaki panggil, lagi lah ditambah dengan macam-macam perisa yang menambahkan lagi marah aku. 


M A K D A T S H I N E  
@
M A K D A T K I L A U 

Terima kasih  KAY sebab bagi nama tu..sweet sangaaaat ( dengan muka menyampah ) !
Kini dengan berwajah baru ( macam dalam iklan )..tada

L U S B E N

Ni pulak nama baru. Budak biol yang bagi aku nama ni. 
Huh, LUSBEN..??!!
Ntah apa-apa nama je.Nak tau maksud dia apa..??

LuruS BENdul

Bapak ar. Masa dia bagitau aku pasal ni, memang aku tergelak. 
Lepas berapa minit, baru berhenti.( dahsyat betul ketawa ).
Ketawa tu ketawa jugak tapi dalam hati panas, dalam otak nak cekik je budak biol ni. 
Tapi aku akui lah kan. Kadang-kadang aku ni lembab sikit fikir. 
Bukan apa, dorang kalau berbual, benda yang aku tak faham, memang lah aku tak faham. 
Kalau aku faham pun,lambat nak tangkap.
Banyak kali jugak lah aku kena tipu dengan dorang. 
Dorang semua memang benawe.
Aku ni kerja bukannya seteruk mana tapi penat yang lebih. 
Ni semua sebab melayan kepala senget dorang.
Aku selalu jadi mangsa buli sebab kelurusbendulan aku ni. 
Dorang pun anggap aku ni budak suci yang tak tau apa-apa.
Bila aku mencelah sikit, dorang cakap,
"Dila belajar lagi,tak payah tau hal-hal orang dewasa". 
Mak ai. Masalahnya,yang cakap kat aku tu budak setahun muda daripada aku.
Siapa yang lagi dewasa sekarang ni?? haha,masuk air..
Dengan cara aku jugak lah, dorang tak berapa berani nak sentuh aku.
Dorang ni bebas. Takda batas langsung. Kalu bergurau memang ganas.
Kadang-kadang tu nyaris-nyaris kena. Dorang pegang, aku marah dorang.
Bahaya. 
Walaubagaimanapun (so skema ), dorang jugalah yang ceriakan waktu kerja aku. 
Heh heh.
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

5 comments:

ct atie said...

hehehe... sonok nye dpt nme lagi...(sgt jaat)

sabar yer adat dunia...

amir aizat said...

bukan dgn muka menyampah tapi SENTAP! haha sabor je lar *buat mcm usop wilcha, haha

dilagW said...

haha,,budak2 kan..kpala mereng..tahan je lah

amir aizat said...

opss utk siapa tuh? hehe

dilagW said...

member keje lah..xkn utk ko lak..
ko kn baik..heh heh