Monday, June 20, 2011

sehelai_cerita_saya

Hari ini, hari isnin. 
Hari ini, saya cuti.
Setiap hari isnin,saya cuti.
Cuti daripada kerja.
Mereka (kawan kerja) kata, saya punya cuti macam bangla punya cuti.
tapi apa yang pasti, ada ke saya kisah,hah?!
Kali ini,saya ingin bercerita kepada kawan-kawan saya semua.
Ianya adalah pengalaman dan kenangan yang saya masih lagi kuat diingatan dan saya masih lagi tersimpan kemas.

Sila isikan tempat yang kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.


Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan ialah __________________ (hint: tajuk yang terpampang kat atas tuh)


a) sehelai kertas,
b) sebuah cerita,
c) memori saya.


jawapan: a,b,dan c .(hint langsung tak membantu.jangan biarkan diri anda tertipu)

sehelai kertas,sebuah cerita,memori saya.
apa maksudnya ya.hmm..
beginilah ceritanya.

               Pada suatu hari yang cerah,burung-burung berkicauan, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang biasa. Didalamnya terdapat seorang budak (sebenarnya remaja gitu) yang ke hulur ke hilir tidak tahu apa yang ingin dilakukannya pada hari itu. Jelas sekali wajah kebosanan terlukis dimukanya.
               
                Tidak lama selepas itu, dia pun masuk ke dalam biliknya. Lalu, dia membuka almari buku yang menempatkan beberapa buku dan fail kepunyaannya. Dia pun mengambil satu fail kain berwarna merah hati dan mengeluarkan segala isi yang ada didalamnya. Terdapat poster yang dilukis oleh kawan sekolahnya, fail yang bergambarkan cerita yang diminatinya iaitu High School Musical 2 yang diisi dengan kad-kad raya yang diberikan oleh kawan-kawan sekolahnya dahulu dan sehelai plastik mampat dengan *kertas* .Plastik itu yang sering digunakan  untuk mengisi nota kuliah yang telah difotostat sewaktu dia belajar di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor dahulu. Ternyata fail itu adalah fail yang menjadi tempat simpanan pelbagai  barang kenangannya bersama rakan-rakannya. Hendak dibuang, sayang pula.
                Kemudian, dia mengeluarkan *kertas* tersebut,lalu membaca isi kandungan yang tertulis diatas *kertas* tersebut. Berkerut dahinya untuk memahami setiap perkataan yang tertulis. Ini adalah disebabkan oleh tulisan cakar ayam merangkap doktor yang sukar difahami. Setelah dia dapat memahami setiap perkataan lalu menjadi satu ayat, dia gelak sendirian. Apakah yang sebenarnya dibaca oleh budak perempuan itu sehingga dia tergelak? Kertas apakah yang itu? Jeng jeng jeng....

KERTAS-KERTAS GOSSIP C1P2

                 Memang dia simpan lagi kertas sebegitu. Teringat kembali semasa belajar disana. Tatkala kebosanan dan mengantuk selain ingin bergosip, sehelai kertas akan dikeluarkan dan ditulis dengan pelbagai jenis cara dan cerita. Topik-topik hangat yang sering menjadi penceritaan dan pengkongsian bersama rakan sekelasnya sama ada ketika didewan kuliah,bilik tutorial, dan tempat-tempat lain lagi yang hanya diatas kertas. Terkandung juga luahan perasaan seperti ketidakpuashatian, makian, pujian,dan begitu juga dengan kesewel-merengannya (timbul pula perasaan rindu pada sahabatnya).
          
                  Kebanyakan cerita hanyalah mengenai kawan sekelasnya sendiri. Hendak cakap depan-depan, takut didengari oleh orang lain. Hanya menulislah merupakan satu-satunya jalan yang paling selamat. Sesungguhnya, tulisan yang lawa berbunga menjadi hodoh bernajis. Berserta dengan itu, budak perempuan itu pun berbesar hati ingin berkongsi dengan kawan-kawan blognya beberapa gambar kertas gosip itu tetapi dia dengan pantas telah mengambil langkah berhati-hati meng'edit' gambar-gambar tersebut supaya tidak ingin berlaku sebarang salah faham.

chapter2 physics sem1-projectile motion (muka depan)

gosip ( bahagian belakang )

penuh=mampat=sendat

sempat lagi,ish ish ish

panaaaazzzzzzz..!!

boleh dibuat buku :)

kreatifkan..??siap lukis segala..haha

pening tengok kan..??original punya pun pening saya baca +__@

saya membantah!!

skrip drama..english festival



TAUBATLAH WAHAI MANUSIA


         
                  Setelah dia membaca kesemua kertas itu, dia pun menyusun rapi dan menyimpan semula kertas-kertas itu kedalam almari buku.Begitulah cerita saya. Sekian, terima kasih. (bunyi orang tepuk tangan)

p/s : Terima kasih daun keladi saya tujukan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan kertas gosip ni sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sedar mahupun tidak sedar. v(>.<)v peace yo


terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

8 comments:

ct atie said...

hadoi segala luahan isi hati aqu kau masukkan...
jengjengjeng...

amir aizat said...

masyaAllah kau simpan manuskrip2 nih? HAHAHA

chemiko bulat said...

haha. kelakar lahhh. bole ade lagi eah selit dalam fail. good :)

dilagW said...

atie: penulis setia
amir & myza : haha..syg nak buang..
kenangan bersama u all kan..haha

amir aizat said...

kenangan bersama ya allz *buat gaya aaron aziz, haha

dilagW said...

aaron aziz wat gaya ap..??

amir aizat said...

uolls gaya2 retis skrng, ya allaz gaya aaron aziz tuh, update lah ahkak! hahaha

dilagW said...

later2lh ak tgk