Friday, June 17, 2011

... gugur...melayang...hilang...

Kalau korang ingat lagi entry yang dulu tu pasal SEEK TRUTH @ IGNORE ,
ni sambungan dia.
Entah lah erk. Aku dah lupakan 'pasal' tu , tapi 'dia' datang balik.
Aku dah cuba korek nak tau, tapi tak banyak lah..sikit je.
walaupun sikit tapi kesan dia...sakit.

..RAHSIA DEMI KEBAIKAN..

Kadang-kadang orang camni bagus sebab dia bijak atas alasan tak nak timbul sebarang permasalahan.
Tapi apa yang kita rancang, tak semestinya menjadi. Orang yang pihak kedua yang dimana pihak pertama tak nak menimbulkan kes tu lah yang akan fikir negatif walaupun pihak pertama tu berniat baik sebenarnya. Memanglah kan,kalau hati dah sakit,perit,kecewa,hampa dan lain-lain lagi terang-terang dah tak boleh nak fikir panjang..yang dia tau, ikutkan perasaan.
Kenapa tak terus terang je? Kenapa perlu berahsia? Takut orang marah? Takut persahabatan yang terjalin selama ni putus? hah? HAH??!!
- Inilah apa yang bermain dalam otak aku & terus ke hati aku sekarang ni.

..TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN..

Kebanyakan orang spesies camni bahaya sebab ditakuti akan melakukan sesuatu diluar kawalan.
Macam bunuh diri,membalas dendam,dll. Kalau tak pun,jadi masalah mental & emosi.
Aku takut kalau aku betul-betul dalam situasi ni ,bila aku dah tau apa yang sebenarnya dirahsiakan tu.
Aku harap aku tak hilang kewarasan dengan buat benda-benda gila camtu. INSYAALLAH..
& aku berdoa agar aku dikuat dari segi mental & aku dapat kawal emosi bila saat tu tiba.
Kalaulah boleh, bila dah berlalu satu saat selepas keadaan tu berlaku nanti, aku dapat lupakan 'perkara' tu bagaikan situasi tu tak pernah berlaku.

..BIARLAH AKU TANGGUNG SORANG..

'kau ni ego sebenarnya,tau tak?' Kata-kata yang terkeluar dari mulut sorang kawan aku yang pada ketika itu aku bergaduh dengannya. Terngiang-ngiang lagi suaranya macam baru je dia cakap macam tu kat aku.
Ya. Memang aku ego. Ego sebab aku ada alasan aku sendiri kenapa aku pilih nak jadi ego walaupun aku ni bukan seorang yang egois dan kau tak perlu tau semua tu. Hanya aku sorang je tau. Dan disebab tu jugalah, aku pilih,biar aku yang tanggung 'benda' ni. Bukan aku tak nak kongsi dengan orang lain. Aku nak. Tak tahan dah sebenarnya aku nak simpan perasaan ni,tapi aku kena jugak tahan sampai lah masa yang betul-betul sesuai itu sampai.

p/s:tak sanggup nak tunggu 'hari' tu muncul **(+__+)**
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

6 comments:

amir aizat said...

what happen with you dila?

dilagW said...

sory r..
aku tak ley bgtw..
nt pn ko taw jugak kalo hari tu btul2 dtg..

ct atie said...

nak tau....
plezzzz....

dilagW said...

heh heh..:P
xley xley..haha

amir aizat said...

hahah teeetttt

dilagW said...

tuutt kan..jyeah!!