Wednesday, February 19, 2014

P R A K T I K A L . K O L U M P O

Thanks zul utk gambar atas jalan Putrajaya ni

#praktikalkolumpo mungkin praktikal KFK aku yang last sebab aku dah macam taknak join konvo . Sebab bila join konvo , dapatlah peluang join praktikal . Sebab kenapa aku taknak ? Sebabnya , sem ni lah aku nak buat betul-betul sebab ni sem last sebelum aku jadi final year student kat UTM ni . *banyakkan sebab aku . ni barulah namanya bagi alasan banyak sangat*

Agak lambatlah juga aku update pasal ni . Bukannya apa . Aku kalau pasal ambil gambar , laju je tapi malas gila bila nak edit . Edit pula kena amik mood . Dah lah penat kat Kolumpo dari pagi sampai ke tengah malam berlensa for the whole 4 days , memang amik masa rehat lama lah kat rumah . Bila badan dah energize balik , baru lah amik mouse , buka photoshop , pilih gambar yang beratus tu , dan edit .

Gambar yang aku edit pun tak banyak . Sebabnya . Bila dah dikaji , ditenung , ditapis , ditolak tepi , tinggal bape gambar je yang ok . Lepas tu , sebab malas la .. apa lagi . Tengok member yang lain upload gambar dorg kat fb bukan main banyak lg . Aku ciput je .

Nah korang , jom cuci mata , cuti -cuti Malaysia , tengok gambar sekitar KL  

















Banyak lagi sebenarnya . Malas haha . nanti bila rajin aku upload lagi .

Bersama-sama penyeri kumpulan 6

Praktikal aku masa ni , aku diberikan tanggungjawab sebagai fasilitator . Bukan sebab aku ni teror amik gambar ke apa , tapi disebabkan senior *tahun 3* tak ramai , kira cukup-cukup je & akupun terpilih . Nak buat macamana kan . Fasi group 6 . Dengan mengambil langkah bijak , aku pun pilih sorang anak buah Zaf *1st year* Zul & Hannan *2sd year* . Sangat berterima kasih dekat  Zul & Hannan sebab dorg ni power dan banyak tolong aku ajar si Zaf ni . Dah nampak lah dorg ni dah boleh jadi fasi . 

Overall , aku sangat bangga dan jeles sebenarnya dengan junior-junior ni semua . Lagi-lagi yang 1st year . Memandangkan ni dorg punya 1st praktikal tapi aku kagum sangat dengan semangat , ketekunan & kegigihan dorang amik gambar . Bila hantar roll filem , masing-masing macam berlawan siot . Ada yang 11 roll *paling banyak* , 10 roll pun ramai gak . Aku masa 1st praktikal  4 roll je . Serius jeles dan rasa tercabar *haha* Walaupun dorang guna filem tapi hasil gambar superb mengalahkan aku . Tahniah kat dorg suma .

Segala gambar dikreditkan kepada Kelab Fotokretif Utmjb sebab sponsor makan minum tempat menginap dan yang paling penting all gears yang dipinjamkan *bilalah aku mampu beli kamera sendiri?* Canon D30 .. kekok bila first time pakai sebab selalunya pakai Nikon . Kalo dibuat perbandingan , aku lebih suka Nikon dari Canon . Maaf Canon haha
Bergabung 5 & 6

*gambar akan diupload lagi sekiranya rajin . terima kasih*

Upload 2.0
*yang ni takda watermark huhu*








 















terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: