Saturday, June 29, 2013

M E R O Y A N

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, MEROYAN dari segi istilahnya membawa maksud derita sakit sesudah bersalin. Siapa bersalin? Aku? Tak tak. Dah tu siapa? Takda sesiapa pun. Habis tu, yang kau cakap meroyan ni apasal pulak? Aku nak cerita pasal aku lah. Kau kata tadi kau tak bersalin, kenapa pulak nak cerita pasal kau pulak? Hei, ni blog aku! Suka hati aku lah. Sebenarnya, aku tak tahu nak bubuh tajuk apa. Tak tahu apa yang sesuai. Jadi, aku letak je la ayat 'meroyan' tu.

Okay, ceritanya begini. Masa minggu ulangkaji peperiksaan akhir hari tu* macam pelik sikitkan nak menyebutnya? Takpa, aku faham perasaan korang yang lebih suka guna manglish tu*. Masa study week untuk final hari tu, aku kan ditinggalkan keseorangan dalam bilik lebih kurang seminggu, ditambah pulak tetiba wujudnya wifi kat blok, memanglah aku melayan jiwa aku sengsorang dalam bilik. Ada satu hari tu, aku guna wifi, buka Maxthon* internet browser* aku, untuk mencari gambar latar belakang dekstop* dekstop background* aku. Sedang aku mencari, secara tiba-tibanya terkeluar gambar ni..


Nak tahu apa jadi lepas tu? hihi. Malu pulak nak bagitahu. Kau ni pahal? Nak cerita ke tak nak?! Yela, yela. Bila aku tengok je gambar ni,  tiba-tiba rasa gembira , bahagia dan yang paling pelik sekali perasaan nak kahwin pun ada sekali muncul dihatiku. Geli kan? haha..ala relax la, ni kan jambangan bunga orang kahwin, mestilah ada feeling tu. Teringat ayat senior kelab, dia tak boleh dengar lagu Selamat Pengantin Baru yang Saloma nyanyi tu sebab bila dia dengar, dia rasa macam nak kahwin, berdebar macam dia pulak yang nak kahwin. Berbalik kepada cerita aku, dari saat gambar bunga tu keluar, aku pun mula mencari gambar-gambar yang berkait dengan bahagia-bahagia ni. Macam burung merpati dengan Eiffel Tower.



Comel dan cantik, bukan? Tambahan lagi, aku memang kepingin nak tengok cerita romantik. Yang ada dalam simpanan aku cuma ada Lagenda Budak Setan(LBS) dan Ombak Rindu (OR) je. Tu pun dah boooosaaan. Nak cerita baru. Rezeki memang ada untuk aku, bila kawan aku, Eqab bukan nama sebenar, ada bagi aku cerita Istanbul Aku Datang (IAD). Layan habis. Comel cerita tu walaupun kepelakan 'R' Lisa Surihani jelas kedengaran. Kalau dalam cerita tu, dia nak ambil gambar kahwin kat Istanbul pakai dress kahwin, apa kata kalau gambar-gambar yang aku tunjuk kat atas tu digabungkan? Ambil gambar dah kahwin*dah kahwin ok*, pakai dress kahwin, pegang bunga, berlatarbelakangkan Eiffel Tower dikelilingi oleh burung merpati. Cuba bayangkan, romantiknya ~

Cerita romantik yang aku nak tengok ialah cerita cinta yang takda kena mengena dengan orang tua. Serius menyampah kalau ada. Lagi-lagi lah kalau orang tua yang kaya tambah bongkak. Benci gila. Perasaan penonton seharusnya ada perasaan bahagia, gembira, sedih pasal hero dengan heroin , tak pun perasaan marah kat orang ketiga. Bukan perasaan benci,menyampah,meluat tengok datin dato ni. pfff!! Sebagai contoh..


Jauh beza kan? Aku rasa lagi tenang tengok IAD walaupun cerita dia tak kuat sangat dan pelakon yang tak sehandal pelakon OR. Mungkin, aku ni tak suka sangat cerita yang 'complicated' kot. Dan mungkin juga disebabkan tarikh tayangan IAD tu on my birthday 8Nov ! Haha..kebetulan kan? Sangat. Lisa pun comel dengan baju-baju dia tu.

Hari ni pulak, aku dapat lagi tengok cerita romantik buatan Indonesia. Gula-gula* sweet* boleh tahan. Tajuk cerita tu Milli & Nathan. Kalau cerita Indonesia ni, aku tak memilih sangat. Maksud aku- wayang punya cerita la + romantik- Bukan drama sinentron. Kalau wayang punya, dia macam high class sikit. Watak-watak orang kaya. Kalau dah kaya, kaya habis kau. Selain cerita ni, cerita Butterfly pun aku pernah layan..


Banyak lagi cerita romantik Indonesia yang pecah panggung macam Ada Apa Dengan Cinta tu cuma aku tak tengok cerita tu sampai habis. Bukan cerita tu je, banyak yang tak habis tengok tapi cerita Milli & Nathan ni memang full aku tengok kat tv tanpa gangguan. Cerita dia dari sekolah, masuk U sampailah dah kerja. Rasa sesuai pula aku dengan cerita ni..hehe. Jadi, tu lah sebenarnya cerita aku. "Tangkap feeling" kot aku rasa tajuk yang sesuai walaupun manglish! hehe.

Hari ni aku rasa pening + selesema. Tak layan sangat penghuni rumah. Tengok Piala FA JDT vs Kelantan pun lesu je. Harap tak demamlah esok. Isnin ni nak mencari kerja. Nak cari kerja, nak cari kerja ..

Ayat power kali ni : "Kesedihan dan kebahagiaan itu datang dalam satu paket,kan?"- Milli 
Bila kesedihan itu datang, pasti kebahagiaan tu akan menyusul. Bila Allah tak ambil sesuatu atau tak bagi apa yang kita minta, semestinya Dia akan beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mahu. Sesungguhnya, Dia tahu apa yang terbaik buat kita :)

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: