Monday, January 16, 2012

C.u.Ti.S.e.M.1.(ep.3)

hari ke-3 tajuk:

 SERANGGA 

jam0524 ada mesej masuk tapi disebabkan nyenyak sangat tidurnya, tak sedar pun. sedar-sedar je,

mak ai, terus cerah dunia aku. hey,adik aku ni. tengah kalut-kalut dia tengah bersiap nak pergi sekolah, ada pula lipas datang ntah dari pelusuk mana menjelma. terjerit-jerit, pergi dekat mak, ambil ridsect, datang bilik semula,kini sudah tibalah masanya untuk misi menghapuskan..... *bunyi cengkerik*, "dah,tak ada!" ah,sudah! huru-hara adik aku. apa yang aku cerita kat atas tu semua aksi adik aku tau. aku? aku ea..haha. baring kaku atas katil, senyap, muka takda perasaan, mata kadang-kadang terpejam, malas nak melayan. *dah macam orang koma,lumpuh,semua ada* hanya mampu melihat apa yang adik aku buat. *pemalas punya kakak!* 1-3 minit kemudian, target muncul kembali. adik aku apa lagi, sembur! jarak antara lipas dengan dia bukan main jauh lagi. ni satu tin tu pun tak cukup.haha *cakap je lebih.kalau aku, lagi teruk. mulut je melebih-lebih jerit.haha* ok.lipas tu pun R.I.P sudah. aku dengan lagak orang yang mamai selamba badak, keluar bilik tanpa menoleh kat si mangsa tu, pergi ambil air sembahyang, solat kat bilik abang-tamat- *penonton mulut nganga*
cerita apa tu?lantak lah. kembali kat mesej jam 0524 tu. ianya mesej daripada orang segamat. katanya, kena gigit. gigit? adakah drakula? haha. kena gigit makhluk Allah yang dipanggil mr.centipede.

cuba cari gambar lipan.sekali tengok page dia,euw! tak sanggup tengok. nak muntah. last-last, cari lipan kartun.haha

mr? tahu-tahu je aku. kalau aku tanya pun, dia bukannya tahu pun jantan ke betina. tapi macammana ek nak tengok lipan ke segala serangga tu jantan ke betina? =.= ok, kita tanya encik Google ya. kejap. kenapa orang panggil encik Google ek? kenapa tak cik atau puan? kenapa?kenapa? *ngek betul lah aku.banyak soalan pula dia* haha.. hm, bila tengok mesej tu je, risau menyingah pula kat hati ni *euw* cuma berdoa agar dia baik-baik belaka *amin* jadi, dia pun dah call, suara..hoho.ceria..bajet okay sangat lah tu.hey, siapa yang risau siapa sepatutnya ni? haiya.
3hari sudah cuti,perasaan bosan sudah melanda diri. nak rancang sesuatu lah. along balik khamis. sampai sini jumaat. bawak sekali kamera. memang habis lah aku guna. memandangkan kawan aku dah ada kereta sendirian berhad, syok r keluar hangout together..hehe. tapi malas lah pula nak tanya budak-budak yang lain. kehabisan kekreditan nanti *muka sedih* takpa.takpa.kalau malas, aku keluar berdua je lah dengan dia.huahuahua.
misi terlaksana hari ini : mengosongkan peti masuk hotmail aku,yay! apa lagi nak dikosongkan? ha,cepat-cepat! haha

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: