Sunday, January 15, 2012

C.u.t.i S.e.M.1.(ep.1)

hari pertama. erm,nak bagi tajuk boleh tak?

WEEE~
salam semua
alhamdulillah semua dah selesai.maksudnya? segala exam dah selamat dijawab. gembira ke? ntahlah ek. gembira tu rasanya bila dah habis paper last. syok tengok movie sampai ke pagi. tidur kat blok orang lain sebab takut tidur sorang-sorang. ditambah lagi, ramai yang dah balik. blok kosong,sunyi dan menyeramkan ~,~'' hm, nak diikutkan 2 hari lepas aku dah balik dah tapi nak tunggu orang tu habis exam pastu hangout tengok wayang bersama.

 terpaksa tengok movie ni sebab movie lain semua seram-seram. tak pasal-pasal orang tu jadi pekak dengan jeritan aku.hahaha. lagipun panggung dia pun tak gah mana pun. jadi, pilihan yang ada pun sikit. best ke movie ni? erm, idea dia tu dah bagus tapi jalan cerita agak bosan. tak pernah-pernah aku tidur dalam panggung, kali ni memang tertidur..nampak tak kebosanannya disitu? haha. terima kasih ya buat kamu. saya tahu yang kita terpaksa berjauhan selama 1bulan tapi nak buat macammana,kan? dah namanya cuti sem. kalau kau nak turun JB, takut aku dah pergi survey camp pula. takpa lah. kalau tak dapat jumpa, jumpa bila naik sem je nanti. sebenarnya aku tengah online kat bilik abang aku ni. kenapa lak ai? bilik diorang dah kemas, bersih bahkan lagi cantik dari bilik aku. ceyh! haha. bukan nak kata bilik aku hodoh ke apa tapi teruja sebab ni pertama kali aku tengok bilik abang aku seindah ni.hahahaha..yang sulung memang kat UUM ,jadi selalunya bilik ni ada lagi sorang penghuni tapi dia dah dapat masuk UniKL beberapa hari lepas. akhirnya bilik ni kosong. serius memang kosong! kosong sebab selalunya bilik abang aku ni bersepah macam tuut sebab barang-barang yang melambak gila kat dalam bilik. dah macam muzium. nak letak luar memang kene membebel dengan mak aku. jadi dah masuk u, segala kasut, beg, baju etc yang jadi koleksi,dia angkut. tu yang bilik dia sekarang ni tak boleh blah. Jeles I. tapi keadaan bilik ni akan sekejap je macam ni sebab beberapa hari lagi abang besar dari kedah mai balik rumah. ha,siaplah bilik ni jadi tuut balik dan masa tu aku tak akan masuk lagi bilik ni.hahaha.. okay,tu je setakat ni. story mory akan menyusul..tata >.<v

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: