Saturday, September 15, 2012

Minggu Transformasi Mahasiswa sesi 2012/2013

alhamdulillah..waktu-waktu kritikal untuk MTM'12 dah lepas..post-morterm pun sudah tadi..
 bak kata pengarah," setiap program akan ada masalah yang berlainan." untuk MTM kali ni, memang betul-betul menguji mental,emosi dan fizikal. dah lah gerak kerja sebelum masa cuti sem. cuti sem yang sepatutnya relax jadi cuti yang paling tension dalam hidup aku. langsung tak best. banyak kerja nak buat, banyak benda yang fikir. ditambah dengan ajk yang sorang demi sorang tarik diri,jadi terumbang-ambing kitorang.. terima kasih untuk senior yang sudi jadi bidan terjun&seterusnya jadi ajk rasmi. aku sebagai bendahari untuk program ni sekali dengan pengarah dan s/u pada mulanya rasa dah nak putus asa dengan program ni. rasa tak sanggup nak teruskan tapi atas usaha, kesungguhan, ketabahan dan semangat yang diberikan oleh semua; main photographer, fotografer kolej, editor gambar,editor video, fotografer passport dan videoman dalam program ni,kitorang MT teruskan juga sampai penghujungnya. Post-morterm tadi memang post-morterm yang paling sedih pernah aku hadir. mengalir air mata atas segala keperitan yang kitorang semua tanggung dan juga kelegaan selepas 70% gerak kerja hampir siap.  program yang ke-2 terbesar bagi Kelab Fotokreatif yang melibatkan urusan orang luar (pelanggan) dan duit yang keluar masuk akaun aku betul-betul mencabar. sampaikan aku emosi, tertekan yang hampir kesemua ajk nampak yang aku betul-betul stress buat kerja. aku memang tak boleh nak selindung kekusutan kepala aku..dari dulu sampai sekarang,memang stress aku tu orang boleh nampak haha..tadi memang banyak juga lah aku kena komen dengan ajk. aku memang tak boleh sempurna, sama dengan MT yang lain, tapi kitorang cuba buat yang terbaik dan yang termampu untuk tamatkan program ni dengan jayanya. sepanjang MTM yang berlangsung selama seminggu, pengalaman pertama bagi aku yang tak pernah aku alami, ialah = selsema,demam,batuk dan seterusnya hilang suara haha..teruk gila batuk aku sampai cakap pun takda suara tapi yang peliknya, walaupun aku demam tapi aku rasa badan aku tak lemah pun. Walaupun MTM program ke-2 terbesar KFK tapi penatnya mengalahkan penat program pertama kelab; Konvokesyen. 
kata terakhir, lagi sekali aku nak ucapkan tahniah buat Majlis Tertinggi Minggu Transformasi mahasiswa sesi 2012/2013 kerana tetap meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Majlis Eksekutif KFK dengan tabah walaupun pelbagai dugaan dan cabaran. kepada ajk juga, aku berterima kasih sebab masih bersama-sama sepanjang MTM dan menolong MT dalam kerja-kerja progres program..tahniah semua.

WE R FAMILY



[ Majlis Tertinggi
Pengarah-qeel- Timbalan Pengarah-pecal- Setiausaha-Ety- Bendahari-Dila
[ AJK
Ketua fotografer-afiq- Main fotografer-afiq-sadiq-wany-pija-
Fotografer Kolej 
KTF-ety- KRP-zarul- KTR-pyan- KTHO-intan- KTDI-dila&nabel- KP-pateng- KTC-nidzam- K9/10-ikmal&biha 
Videoman
-amer-pecal-zaim-
Editor Gambar
-nurdin-nanad-aiman-
Editor Video
-qeel-
Fotografer Passport
-mad



terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: