Thursday, February 23, 2012

minggu 1 yang MEMENATKAN!

assalamualaikum, selamat petang walaupun dah malam ni. bru pukul 9.40 tapi mata dah ngantuk sangat. nak je lelap kat sini tapi sini bukannya bilik aku pun. kat depan dewan semata-mata nak dapat wifi *geleng-geleng* sebab utama aku kat depan dewan ni adalah untuk membuat progress untuk program Family Day KFK yang lagi seminggu je deadline dia. AJK Makanan, Penginapan, & Pengangkutan. pasal bas rasa dah selesai , penginapan..aku dah siap kan cuma nak edit sikit-sikit je. makanan tak jalan lagi. hm, kalau lah badan aku ni cam anak patung, dah lama rasanya kaki , tangan kepala aku cabut . memang penat sangat! ulang-alik kelab sebab meeting program ni, meeting pengarah program...boleh dikatakan setiap hari aku keluar masuk kelab. ntah berapa kilometer aku berjalan setiap hari ke kelas , ke kelab , ke bilik. tak cukup dengan tu , ditambah pula dengan perasa yang memang enak sangat. nak tahu apa? daripada mulanya hari kuliah sem 2 (isnin) ni sampai lah pagi hari ni (khamis) takda air. serius, aku semakin tertekan dengan benda ni semua. nak pergi mandi , ambil wudhu' pun susah sampai kena berhijrah ke blok sebelah untuk buat semua tu. penat penat penat! sampai satu  malam tu, blok sebelah pun takda air. sampai aku rasa macam nak je balik rumah dan tak nak datang sini lagi *teruknya aku* biasalah, orang tengah marah memang macam ni,kan? dan alhamdulillah, mungkin berkat doa penghuni blok aku , petang hari ni, air dah kembali ada. seronok bukan main lagi *wee~* dan tension aku pun semakin berkurangan. *haha* tu lah luahan perasan aku minggu ni..
p/s: baju untuk dinner dah cari tapi tak beli lagi :(
terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: