Sunday, February 5, 2012

C.u.Ti.S.e.M.1.(ep.9)

mungkin entri aku kali ni agak emosi sikit sebab
AKU PENING ! 
AKU KUSUT ! 
AKU 'SPECHLESS' ! 
OUH  'HEART ATTACK' !
dahlah baru-baru ni aku memang dah takda mood. punca terbesarnya adalah disebabkan oleh ---> survey camp yang akan menyusul dalam masa 3 hari lagi. bila mood tu dah ok, hari yang sama juga *semalam* dia datang balik. dia memang tak nak bagi aku tenang. boleh pula tu, tengah malam tadi, kawan aku call. nak kata buang tebiat tu takdalah sangat tapi pelik je call aku masa midnight. dia kata dia bosan tu yang call aku? abis tidur aku. tengah bla bla bla ngan kawan aku tu tiba-tiba mesej masuk --> mr Z yang bagi sebab dia baru sampai rumah. dah abis call tu, mesej jap dengan mr Z aku tu sampai pukul 1pagi. nak tidur tapi mata dah tak berapa nak ngantok. disebabkan tu, aku ambil keputusan --> on9 fb kejap lah. dan disebabkan tindakan aku tu lah, ni lah yang aku dapat!


nampak tak? nampak tak? hmm, tak pasal-pasal kan, dari hati yang tenang , bila tengok je kena tag kat group ni , serius aku katakan..


tapi aku rasa ok lagi lah sebab aku pernah join program yang sama juga . jadi , aku nampak lah gerak kerja program ni semua.

yang ni untuk bulan 11 . lagi 26 hari = 3 Mac 2012 , ada lagi program dan kali ni jadi AJK Pengangkutan , Penginapan dan Makanan <-- AJK yang paling panjang sekali namanya. separuh gerak kerja buat masa cuti . sebenarnya memang aku tak suka sebab tak dapat mesyuarat muka ke muka . nak tanya tu ini pun susah. ditambah pula, aku ada camp. terpaksa aku pas kerja kat partner aku tu tapi keadaan dia sekarang pun tak berapa ok , jadi....ntah lah.

dan sepanjang 2012..aku dah diberi kepercayaan untuk menjadi Exco Perhubungan dan Sokongan Kelab 2012. *hadoiii* 

aku bukan pening apa , aku pening nak siapkan slide untuk MAMEP<-- Majlis Memperkenalkan ME, Exco dan Pengarah Program 2012. nampak tak disitu , aku kena bentang 2 slide = exco dengan pengarah program. gerun kot. aku rasa bila dah lepass MAMEP tu aku dah ok sikit. tapi cuma nak siapkan benda tu semua yang aku tengah pening . sebab aku macam dah takda banyak masa nak cari orang under aku. siapa nak jadi TIMB.PENGARAH, SU , BENDAHARI aku? haha..pening lak nak pilih @_@

nak join konvo lagi..fergh!

jadi, doakan yang aku dapat buat yang terbaik sepanjang 2012 , dapat bahagikan masa dan study tidak diabaikan! amin




terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

2 comments:

Firah Adam said...

sabar ea. nak jadi bendahari kau pon bley. ahhaha. :p

dilagW said...

betul?nak ke?