!!!___SURVEY CAMP___!!!
akhirnya tamat sudah seksa yang selama ni memang terseksa menanti dan harungi kem ni . ni lah kem yang paling lama yang pernah aku terlibat. 9hari tu lama gila , aku rasa beg baju aku tu lah yang paling besar sekali daripada orang lain. gaya macam pergi luar negara je padahal pergi Teluk Gorek, Mersing je. bagi aku lah kan, tempat dia cantik lah juga cuma yang ni pertama kali aku tengok pemandangan kat teluk. lain daripada yang lain. bilik, ok..air con ada 2, kipas pun ada 2. bilik air pun ok. cuma yang tak ok ialah bilik kitorang berpasir. yela, dah dekat pantai kan.. dan aku puas hati dengan makanan yang disediakan. hari-hari menu bertukar dan sedap! sangat sedap! sarapan,makan tengahari,makan malam,supper..terbaik!
peta Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing, Johor |
bersepah!! haha..standard lah kan.. |
HARI 1 *9 FEB*KHAMIS*
HAI, TELUK GOREK
ikut perancangan, sepatutnya sampai tempat ni awal tapi biasalah..tak pernah nak tepat pada masanya. sampai-sampai je dah petang. yang sampainya , kitorang je. pensyarah dengan lori yang angkut barang survey tak sampai lagi. lepas makan tengahari,nak tidur tak boleh. apa lagi, pergi lah pantai. tapi pelik sikit. masa ni , selalunya bila petang , air surut. dalam pukul 4 dah mula surut. tengok yang lelaki dah turun pergi laut, kitorang pun pergi lah turun sekali, berawan nano sekejap *haha*
HARI 2 *10 FEB*JUMAAT*
TRAVERSE
bermulanya gerak kerja kitorang. bermulanya juga rollcall setiap pagi. nyanyi lagu Negaraku dengan lagu UTM. hancus lagu UTM sebab tak ingat lirik. aku ingat lah juga tapi ada lah lupa lirik sikit-sikit. tak pasal-pasal kena marah. sejak tu, dari hari ke hari , nyanyian lagu UTM semakin baik.
hari pertama memang menguji fizikal dan mental. fizikal = tahan daripada panas teriknya matahari. pakai sunblock pun tak berguna. masing-masing terbakar kulit muka. mental = psikologi membuat survey.
hari ni projek pertama kitorang = traverse dan alhamdulillah. aku rasa seronok dan beruntung sebab dapat satu kumpulan dengan harith (ketua) , afiq, teoh, vi teck dan wani. kredit sebenarnya diberi kepada teoh sebab dia pandai dalam survey. segala projek dia yang conduct kitorang. dari pengiraan sampai lah projek siap adalah atas planning dia dan yang lain bagi kerjasama yang baik sangat. projek traverse ni siap dalam hari yang sama tanpa buat semula. syabas!
HARI 3 *11FEB*SABTU*
PROJEK : LEVELLING
ingat dapat rehat ke hari sabtu? mandi laut, main-main tepi pantai, jalan sampai hujung teluk ? projek tetap kena teruskan. projek kedua = LEVELLING. ni memang penat sebab kena buat sampai 3 kali . 1-buat untuk stesen yang tersedia dalam chalet. 2-buat untuk tahu aras tanah stesen traverse kitorang semalam dan 3- buat untuk diluar kawasan chalet. yang kat luar chalet tu kumpulan aku kena buat lagi sekali. nak tak nak kena lah buat balik sebab dah salah. tapi alhamdullilah lagi sekali, siap dalam hari yang sama juga walaupun masa awal-awal nak buat projek ni, kitorang punya theodolite rosak. jadi, kena tukar dan lambat lah memulakan projek kitorang ni..
ahli kumpulan 12 >.< |
stesen diluar chalet |
kera @ beruk @ monyet @ orang hutan @ gorilla ? haha takut kot. masa ni dekat sangat dengan aku. nasib baik ada orang temankan masa tu. |
HARI 4 *12FEB*AHAD*
PROJEK : DETAIL SURVEY
yang ni sempoi je buat tapi penat tu tetap penat. awal-awal buat benda ni, aku tak tahu aku nak tolong apa. akhirnya, aku jadi tukang jerit *haha* siap hari ni juga tapi bila semak kat pensyarah, dia kata kena tambah lagi. jadi kitorang buat lagi pada hari rabu pagi.
malamnya, bermulanya malam perbentangan TRAVERSE dan LEVELLING. walaupun bukan aku yang bentangkan, tapi aku pun cuak sekali. TRAVERSE = KHO VI TECK yang ambil, LEVELLING = TEOH HAO XUAN. masa QA sesi, kumpulan lain kena tanya soalan yang susah gila nak jawab tapi bila sampai kumpulan aku, soalan dia yang panel = pensyarah bagi ialah "apa rahsia kumpulan kamu selesaikan projek ni dalam pada hari yang sama? boleh kongsi dengan kumpulan lain?" aku pun pelik dengan soalan tu tapi teoh dengan kho jawab " team working" je. tak tahu nak kata apa. sayang korang.
HARI 5 *13FEB*ISNIN*
PROJEK : TRESSURE HUNT
apa harta karun dia tu ? nak tahu?
ni lah dia. jongkong emas?
memang tak lah. PEG, kayu sekecil 3/4 tapak tangan aku yang tertanam . macam orang gila nak cari benda ni. guna kemahiran, pengetahuan dalam traverse untuk cari benda ni. alhamdulillah, kumpulan kitorang merupakan kumpulan kedua dapat jumpa benda ni. sepatutnya boleh dapat no 1 ,kalahkan kumpulan atie . mana taknya, kitorang dah sampai awal tapi 1jam 30 min ke 2 jam semata-mata nak cari benda ni. dekat je kot jarak dia tertanam dengan tempat peg dia tertanam yang kitorang dah kira. terima kasih kepada hunter kumpulan aku- afiq sebab dia yang jumpa benda ni dengan menggunakan tukul besi dan mengetuk tanah sekeliling peg yang dah kira tu. bila terasa keras je tanah tu, dia kais rumput kat tanah tu dan akhirnya, peg bernombor 25 pun muncul. jerit bagai masuk hantu. kumpulan lain semakin tertekan mencari mereka punya. kesimpulannya, projek hari ni pun siap pada hari yang sama.
macam pasar sudah..haha |
petangnya. aku ajak wani pergi jalan kat pantai sampai ke hujung teluk.
HARI 6 *14FEB*SELASA*
PROJEK : SETTING OUT & AS-BUILT SURVEY
boleh dikatakan projek ni paling senang buat dan paling cepat siap kalau tahu cara nak buatnya. mula buat jam 0900 habis jam1200. cepat gila dan kumpulan aku merupakan kumpulan pertama siap! yay~! dan aku pilih untuk bentangkan projek ni. takut sangat.
malam. bentang TRESSURE HUNT = MUHAMMAD AFIQ NAQIUDDIN BIN MUHD ZUBIR , DETAIL SURVEY = MOHAMAD HARITH BIN ZAKARIA. sekali lagi, aku tak senang duduk. panel malam ni sangat dahsyat dan kumpulan aku yang terakhir kena bentang. memandangkan banyak kumpulan tak siap slide, detail dan tressure hunt tak siap, memang kena basuh kot . nasib baik aku tolong ketua buatkan slide sebab dia buat 12D. secara keseluruhan, okay lah. sempoi dan tenang diorang bentangkan dan masa maut, QA soalan yang sama diajukan untuk tressure hunt sebab kumpulan kedua siap . dan untuk detail, soalan yang senang tapi ayat yang sangat terbelit-belit .tak faham tapi ketua dah jawab dengan betul. ^^,
HARI 7 *15FEB*RABU*
PROJEK : VOLUME CALCULATION
hari ni hari terakhir buat projek. dah tak ada lagi projek lepas yang ni. tapi pagi ni kitorang tengok pertunjukan robotik daripada PM DR MUSHAIRRY MUSTAFFAR
THE LATEST TOTAL STATION. SANGAT GEMPAK BILA TENGOK LIVE. RM BERATUS RIBU SERBA SATU! |
HARI 8 *16 FEB*KHAMIS*
INDIVIDUAL TEST
INDIVIDUAL TEST
HARI PALING KECUT PERUT!!! set up equipment dalam masa 6 minit. tak siap, kena buat sampai dapat. aku tak dapat sampai kena reject 2 kali. kali ke3 baru lulus. hampeh! trimas en. rosli sebab luluskan saya ^_^
suasana yang sangat tegang dan penuh emosi *haha* |
lepas je ni, masing-masing kalut menyiapkan projek yang tak siap untuk dihantar dengan persiapan malam penutup lagi. siapa yang tak sibok, pergi serbu laut!
petang. MANDI TIME!!!
sejak-sejak nak balik ni, bila petang air pasang. selalunya surut. tapi bagus juga. air tenang je, tak berombak pun.
malam. bersosial *haha* makanannya sangat banyak. persembahan yang sangat best dan sangat menyentuh jiwa.
HARI 9 *17FEB*JUMAAT*
TAMAT SURVEY CAMP
tension sebab kerja tak siap lagi. masalah 12D yang dicombine kan sekali dengan partner. kitorang punya betul,diorang punya salah. sedih sebab kena gantung seminggu. *sob sob*
tak perasan ada si fizzy aka penghulu kat belakang. atie & aspa. 12D yang tergantung! |
aku harap, semua orang lulus untuk SKAA 1031 ni. takda orang yang kena datang Teluk Gorek lagi.
akhir kata, tahniah buat semua!
1 comment:
hey i dah penah pergi teluk gorek dah, trekking dkat situ. best kann
Post a Comment