Saturday, November 19, 2011

FLOOR MANAGER SAHARA'11

assalamualaikum dan selamat pagi di pagi ahad ni..
haaa~penat semalam tak habis lagi. buat apa?
program  SAHARA . unik tak nama tu? sampai VIP pun cakap ianya unik
sebenarnya SAHARA tu, sambutan hari raya.
jemput orang luar yang kurang bernasib baik.
kitorang nak jemput anak-anak yatim tapi dapat
anak-anak penerima bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat JB
takpa lah kan..
nak diikutkan nak buat masa hari raya aidilfitri.
tapi disebabkan masa raya tu pun, clash dengan MTM budak baru masuk,
jadi tak sempat. lagipun, KFK ni memeng sibuk dengan program dia.
bersambung-sambung program ,takda rehat lamgsung.
aku dari dapatnya mesej dari KFK yang aku dapat jadi FAMILY KFK,
sampai sekarang, semua program aku join.
Majlis Ramah Mesra > Konvo 47 > KB 1 > KB2 > SAHARA'11
SAHARA tu sebenarnya program yang pertama dibuat.
dan tahniah kepada aku sebab jadi floor manager aka ajk protokol dengan kamilah.
memang susah.
kerja sebelum > kene buat tentatif (banyak kali kene edit,sampai cuti pun kene datang kelab ), ucapan VIP( dua kali kene semak) dengan susun meja tetamu( serius pening mengira)
kerja semasa > kene pastikan semua berjalan dengan lancar. pening, penat, nak makan pun takda selera, nak duduk pun takda masa. sedih kowt.
apapun,semua ok, cuma ada silap sikit tapi lantak lah.
semua tetamu, adik-adik nampak gembira sangat lagi-lagi masa slot aktiviti
> anyam ketupat ( dewasa je sebab budak-budak manalah tau nak anyam kan ) > cari perkataan tersembunyi (serius semangat budak-budak ni cari perkataan. kitorang suma tolong diorang carikan. aku memang dah tau mana perkataan tu sebab dah penah tengok, tapi HAJI takda.haha,,masing-masing mencari HAJI tak jumpa. kesilapan teknikal ) > teka gaya saya ( yang ni pun best jugak. ada budak tu semangat sangat buat gaya dekat MC sebab diorang terpilih pastu menang! yay~ )
tapi apa yang aku suka sebenarnya, snap-snap. penuh tak penuh lah muka aku kat DSLR kelab yang beribu-ribu tu. suka kat whiteroom aksi melompat-lompat dengan jimmy. penat giler.
nanti aku nak ambil softcopy .hehe
secara keseluruhan, aku gembira semalam dan tahniah kepada semua MT dan AJK sebab telah menjayakan SAHARA dengan baik sekali :)
ariff -ajk makanan,keceriaan dan jimmy-ajk teknikal

mc-qayyum dengan intan

shafik sebagai ajk liputan & grafik

barisan ajk gitu,protokol,hadiah,makanan,aktiviti


tahniah kepada kamu ajk protokol :)

terima kasih ya sebab sudi baca entri gW ni. jumpa lagi

No comments: